Monday, November 30, 2015

Wow...Kambing jadi sahabat harimau


Moscow: Seekor kambing sepatutnya menjadi hidangan tengah hari seekor harimau apabila dimasukkan ke dalam tempat kurungan haiwan buas berkenaan di Taman Safari Far Eastern di Shkotovsky baru-baru ini.
Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila harimau itu tidak membaham kambing berkenaan, malah kedua-dua haiwan itu menjadi kawan baik.
Pekerja di safari berkenaan berkata, harimau Siberia yang diberi nama Amur itu diberi makan kambing hidup sekali setiap dua minggu.
Katanya, Amur biasanya tidak menunggu lama apabila terus membaham kambing yang dimasukkan ke dalam tempat kurungannya itu.
“Kambing ini dimasukkan ke tempat kurungan Amur sejak beberapa hari lalu untuk dijadikan makanan harimau itu.
“Namun, kambing itu tidak menunjukkan rasa takut ketika berada dalam kandang harimau, malah mula berkawan dengan haiwan berkenaan,” katanya.
Kerana keberanian kambing itu petugas menamakannya Timur.
Persahabatan kambing dengan harimau itu semakin erat dan kedua-dua haiwan itu sering dilihat bersama-sama.
“Lebih mengejutkan, kambing itu berani tidur di tempat tidur Amur menyebabkan harimau berkenaan terpaksa tidur di luar.
“Mungkin Timur terlalu berani sehingga Amur menganggapnya bukan sebagai mangsa atau mungkin juga Amur kesunyian kerana tinggal seorang diri sejak beberapa tahun lalu,” jelasnya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96687#sthash.FxsfOkOA.dpuf

Perghhh.Remaja Di Rogol Dalama Tandas Oleh Rakan.


Rogol
Sekadar gambar hiasan

KAMPAR – Seorang remaja berusia 13 tahun dirogol sebanyak dua kali oleh rakan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi WeChat di sebuah tandas awam, di sini.

Kejadian berkenaan terbongkar selepas bapa mangsa terbaca mesej anaknya itu.
Pelajar tingkatan satu itu menceritakan kejadian sebenar kepada bapanya yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan telah dijalankan dan suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditangkap, kelmarin.
“Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pada 8 November lalu dan mula keluar bersama enam hari kemudian dengan menaiki bas awam ke Kampar seawal jam 8 pagi.
“Mangsa dirogol kali pertama pada 20 November lalu selepas suspek membawa mangsa ke tandas lelaki berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, pada awalnya mangsa menolak, namun suspek memujuk dan meyakinkan bahawa dia tidak akan meninggalkan mangsa selepas kejadian itu.
Menurutnya, kejadian kedua turut berlaku di tandas sama dua hari kemudiannya ketika mereka keluar bersama dengan menaiki bas.
“Setelah laporan dibuat, mangsa dibawa menjalankan pemeriksaan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Manakala, suspek direman beberapa hari untuk jalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rogol,” katanya
.

Sunday, November 29, 2015

Biar Gambar Berbicara, Warga Denmark Lindungi Masjid


Warga Denmark ini dikatakan berdiri demi melindungi masjid dari diserang golongan Anti-Islam.
Kita mahukan perkara Seperti ini berlaku dimana mana Saja di Dunia ini.
Alangkah baiknya perkara ini terjadi di Israel.

Perghhh.. Pelanggan Minta Balik Wang Dari Tuan Kedai HP..Jadi Viral



KUALA LUMPUR - Rakaman video seorang jurujual telefon bimbit cuba menipu pelanggan, viral di media sosial. 

Difahamkan kejadian berlaku di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur, yang seringkali menerima aduan orang awam berkenaan penipuan yang diakukan oleh peniaga di kompleks itu. 

Berdasarkan rakaman video tersebut, mangsa penipuan mendakwa dia telah ditipu oleh jurujual itu yang mengatakan telefon iPhone yang dijual kepadanya adalah baru dan belum pernah digunakan.

Setuju pada urusniaga awal, mangsa membeli telefon jenama Apple itu dengan harga RM2,700 tunai. Namun, apabila pulang ke rumah, dia mendapati bahawa iPhone yang baru dibelinya itu telah digunakan selama 6 bulan berdasarkan pemeriksaan nombor waranti di laman Apple.

Berang ditipu oleh jurujual terbabit, mangsa kembali ke premis tersebut dan meminta wangnya dipulangkan. 

Terkejut dengan kehadiran mangsa, jurujual itu berpura-pura memeriksa iPhone itu untuk mengesahkan dakwaan mangsa. Selepas beberapa minit kemudian, jurujual itu cuba berunding dengan mangsa agar masalah dapat diselesaikan dengan tidak memulangkan wang RM2,700 milik mangsa.

"Semalam you cakap ini iPhone baru punya dan you jual sama saya RM2,700. Berapa kali sudah saya tanya sama you, ini handphone baru ke, AP set ke, atau secondhand? Sekarang ni kenapa you sudah tipu sama saya? You tengok waranti dia sudah berapa lama? You tak payah tipu sama saya la!" kata mangsa. 

Bagaimanapun, mangsa enggan menerima sebarang tawaran dari jurujual terbabit dan mendesak wangnya dikembalikan. 

Mungkin mengetahui dirinya dirakam dan enggan bimbang dengan kejadian 'Low Yat' berulang, jurujual itu akur dan memulangkan wang mangsa. 

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila membeli sebarang jenama telefon bimbit di kiosk-kiosk telefon bimbit di pusat beli belah kerana bimbang penipuan sebegini berulang kembali. 



Untuk mengelakkan masalah seperti ini, belilah di premis penjual yang berdaftar sahaja meskipun harganya agak mahal sedikit, namun berbaloi dan selamat dari menjadi mangsa penipuan peniaga yang tidak bertanggungjawab. - THEHYPEMEDIA.COM

Saturday, November 28, 2015

Perghhh..Janda Kantoiii Rumah Sendiri


khalwat
Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang janda tidak serik meskipun sebelum ini pernah ditahan dan didenda kerana kesalahan khalwat, apabila dia masih mengulangi kesalahan sama selepas sekali lagi ditahan berkhalwat bersama pasangannya di rumah sendiri.

Akibat perbuatannya itu, janda berusia 26 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu dan dijatuhi hukuman penjara sebulan serta denda RM2,600 atau berdepan penjara tambahan lima bulan lagi jika gagal menjelaskan denda.
Sebelum ini, pada 6 Oktober 2013, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai kain pernah didenda RM2,400 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda oleh Mahkamah Rendah Syariah Kemaman kerana kesalahan berkhalwat.
Sementara itu, pasangannya yang berusia 35 tahun dan masih bujang pula didenda RM2,600 atau empat bulan penjara, jika gagal membayar denda.
Keputusan dibuat selepas mereka berdua mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Pangsapuri Ladang, Fasa 2, di sini, jam 12.45 tengah malam pada 30 September lalu.
Sepasukan pegawai penguatkuasa syariah daerah melakukan serbuan berwaran ke atas sebuah rumah pangsapuri itu.
Sebaik tiba, pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam sebelum anggota penguatkuasa mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali.
Pintu utama dibuka seorang wanita kira-kira seminit kemudian sebelum anggota memperkenalkan diri dan menunjukkan waran geledah serta meminta izin untuk membuat pemeriksaan.
Anggota penguat kuasa syariah kemudiannya menemui seorang lelaki di dalam bilik pertama dan pemeriksaan mendapati hanya mereka berada di dalam rumah berkenaan.
Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri atau muhrim, sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu di mahkamah sama juga, seorang penjual ikan yang sebelum ini pernah dikenakan denda RM2,600 atau dua bulan setengah penjara kerana berkhalwat, juga tidak serik apabila sekali lagi dicekup bersama pasangannya di dalam sebuah hotel, September lalu.
Susulan penahanan itu, penjual ikan berusia 19 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu dan dijatuhi hukuman denda RM2,500 serta sebulan penjara, atau berdepan hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal menjelaskan denda.
Sementara itu, pasangannya berusia 19 tahun dan masih bergelar pelajar pula diarahkan ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor selama enam bulan.
Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua mereka mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Tok Lam, di sini, jam 11.50 pagi, 23 September lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di hadapan Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.
Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai penguatkuasa syariah daerah melakukan satu serbuan berwaran ke atas sebuah bilik hotel di Jalan Tok Lam.
Sebaik tiba di bilik berkenaan, pintu utama tertutup rapat dan berkunci dari dalam sebelum anggota penguatkuasa mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali.
Anggota kemudian mendapatkan kunci pendua daripada pihak hotel, namun masih gagal masuk kerana bilik dikunci menggunakan rantai dari dalam.
Anggota mengarahkan pintu dibuka penghuninya namun tiada sebarang respons. Pintu hanya dibuka kira-kira 20 minit kemudian oleh seorang lelaki.
Sebaik masuk ke dalam bilik, anggota menemui seorang wanita di atas katil dan pemeriksaan mendapati hanya mereka sahaja yang berada di dalam bilik.
Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, pada 14 April lalu, lelaki tersebut pernah dikenakan denda oleh mahkamah kerana kesalahan berkhalwat bersama pasangan yang lain
.

Peghh Penangan Nasi Bajet .."SEHARI 200 BUNGKUS SAHAJA BANG"

"SEHARI 200 BUNGKUS SAHAJA BANG"
1. Anak muda ini menjual Nasik Bajet sebungkus RM4 dengan air anggur atau teh bunga percuma.
2. Nasik dan lauk ayamnya luarbiasa banyak dan sedap pada tekak saya.
3. Sehari beliau masak 30kg beras cuma dari jam 9 hingga jam 3. Kerjanya 6 jam sahaja.
4. Pendapatan kasarnya sehari RM800, jika dia hanya berniaga 20 hari bersamaan RM16 000 sebulan sahaja.
5. Jangan pandang rendah orang berniaga tepi jalan, pendapatan mereka berkali ganda dari kita yang makan gaji sebenarnya.
Pendapatannya lebih besar dari Profesor Madya, insaf rasanya.
Lokasi: Sri iskandar, Perak
Kredit: Azizul Azli Ahmad (https://goo.gl/a0Y7hL)

Friday, November 27, 2015

Perghhh..Benarkah Google Maps dan Waze, Ancam KESELAMATAN Negara ?


Google Map
Google Maps

KUALA LUMPUR - Terserah kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkaji dan mengambil tindakan jika merasakan penggunaan aplikasi Google Map dan Waze mengancam keselamatan negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jalani Johari berkata, setakat ini kerajaan tidak melihat sebarang masalah pada penggunaan kedua-dua aplikasi tersebut.
"Tidak harus dilihat teknologi digital ini sebagai satu masalah kerana ia adalah berkaitan ruang umum dan bukan ruang privasi selain memudahkan masyarakat.
"Penggunaan kedua-dua aplikasi itu adalah tertakluk kepada polisi privasi antara pemberi perkhidmatan dan pengguna,"katanya semalam.
Beliau menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN,  Tenom) yang meminta penjelasan bahawa rakyat terlalu bergantung kepada Google Map dan Waze bagi tujuan pencarian lokasi dan secara tidak langsung maklumat berkaitan Malaysia telah dibekalkan kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Israel.
Menurutnya, penggunaan aplikasi itu juga bukan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Akta Peribadi 2010 yang telah di kuatkuasakan kementeriannya.
Namun, beliau berkata, kementeriannya bersedia memberikan kerjasama kepada MKN untuk membantu dan menasihati terutama membabitkan isu komunikasi.
Katanya lagi, semua pihak tidak harus melihat aplikasi tersebut sebagai penghalang bagi rakyat negara ini menikmati kemajuan teknologi.
"Tetapi yang paling penting dan menjadi kebimbangan ialah rakyat terlalu mudah mendedahkan maklumat peribadi mereka dalam alam maya. Rakyat perlu sentiasa berhati-hati,"katanya.
Kadar penembusan jalur lebar di negara ini pada tahap 72.2 peratus dengan 22 juta rakyat menggunakan Internet
.

Perghhh.. Patah Tulang Leher Akibat Vape Meletup



COLORADO - Seorang lelaki cedera parah akibat rokok elektronik atau vape miliknya meletup di mulut dalam kejadian baru-baru ini.

Cordera Caples, 29, terbakar di bahagian mulut, patah beberapa tulang muka, hilang gigi depan dan patah tulang leher apabila vape tersebut meletup semasa digunakan. 

Disebabkan insiden itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang. 


"Kami tidak dapat pastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa atau tidak selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya," ujar seorang ahli keluarga mangsa.

Menurut seorang pengguna vape, rokok elektronik mangsa meletup mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai mangsa telah terlebih mengesah vape itu. - THEHYPEMEDIA.COM

Thursday, November 26, 2015

Perghhh. Ustaz Pun Kena Raba.


Kuala Lumpur: “Ustaz pun kena raba, dia tak kira rupanya,” kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata demikian selepas Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) bangun semasa isu ‘meramas’ dan ‘meraba-raba’ dibangkitkan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 peringkat Kementerian Pengangkutan oleh Timbalan Menterinya Datuk Abdul Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat, di sini, semalam.
Perkataan ‘meraba-raba’ dibangkitkan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) sehingga menggamatkan sidang dewan dan menarik perhatian beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang.
Beliau mempersoalkan prosedur pemeriksaan keselamatan membabitkan perbuatan ‘meraba-raba’ badan di lapangan terbang oleh anggota keselamatan bertugas.
Beliau turut merungut berkaitan prosedur itu kerana ia tidak berlaku di lapangan terbang lain di seluruh dunia.
“Kecuali di lapangan terbang Malaysia, setiap minggu saya ‘diraba-raba’ sekurang-kurangnya dua kali sedangkan mesin pengimbas sudah ada.
“Adakah MP (Ahli Parlimen) ini membawa bom,” katanya sambil Ahli Parlimen lain bersorak.
Tidak mahu ketinggalan dalam topik itu Khairuddin bingkas bangun mencelah dan memberitahu bahawa beliau pun turut diraba-raba.
Katanya, semua penumpang diperiksa dengan cara itu tanpa mengira latar belakang mereka.
“Ya, sama sahaja. Tiap-tiap minggu saya kena ‘raba-raba’ yang sama,” katanya lagi.
Abdul Aziz kemudian cuba menjelaskan bahawa isu berkenaan tidak timbul sama sekali kerana penumpang lelaki akan diperiksa oleh anggota lelaki.
Katanya lagi, manakala penumpang wanita diperiksa oleh anggota wanita dalam kawasan tertutup.
“Pemeriksaan itu tidaklah sampai kepada alat sulit,” katanya lagi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95573#sthash.fABdGxx3.dpuf

Abang, kakak 'masak' adik dalam ketuhar

J'zyra Thompsin
J'zyra Thompsin

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Akibat kelalaian seorang ‎ibu menyebabkan anak bongsunya menjadi mangsa perbuatan ganas ‎oleh abang dan kakaknya.
Bayi malang yang baru berusia 19 bulan itu ditemui mati 'dimasak' oleh abang dan kakaknya di dalam ketuhar selepas mereka ditinggalkan bersendirian di rumah.

J'zyra Thompsin ditemui dalam keadaan melecur teruk di dalam ketuhar di rumahnya di Houston, Texas.
Menurut kenyataan mahkamah, kakak J'zyra yang berusia tiga tahun memberitahu Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) bahawa dia meletakkan mangsa di dalam ketuhar, sementara abangnya memanaskan ketuhar itu.

Ibu mangsa, Racquel Thompson, cuba melakukan bantuan pernafasan tetapi gagal kerana bayi berkenaan mengalami kesan melecur yang teruk.
Racquel dikatakan meninggalkan anak-anaknya di rumah kerana pergi makan di restoran makanan segera bersama teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada ibunya yang tinggal berdekatan.
"Dia seorang cucu yang sangat baik, insiden ini sukar diterangkan," kata nenek J'zyra, Gina Dennis dipetik Daily Mail
.

Perghhh Dr Jumpai Gelungan Wang Dalam Perut Pesakit

Doktor terkejut jumpa gulungan duit dalam perut
Gulungan wang yang ditemui di dalam perut seorang pesakit.

KAHERAH - MESIR. Sekumpulan doktor terkejut selepas menjumpai gulungan wang kertas yang dibalut dengan plastik di dalam perut seorang pesakit.
Sebelum itu, doktor membuat imbasan di perut seorang pesakit yang mengadu mengalami sakit perut dipercayai disebabkan penyakit apendiks di sebuah hospital di Kaherah Mesir.
Hasil imbasan, doktor mendapati terdapat gulungan di dalam perut yang menyebabkan pesakit sering mengadu sakit dan muntah.

"Kami membuat pembedahan untuk membuang gulungan tersebut dan didapati terdapat gulungan wang kertas bernilai EGP 1,000 (RM543) di dalam perut pesakit yang dibalut dengan plastik berwarna putih.
"Kami hanya pernah menjumpai barangan besi atau tulang di dalam perut pesakit, namun ini pertama kali kami menjumpai wang," kata doktor memetik Emirates 24/7.
Pesakit itu ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat tentang bagaimana wang itu boleh berada di dalam perutnya

Wednesday, November 25, 2015

Anggota Polis Viralkan Kehadiran abu Sayaff

PDRM
KANGAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti anggotanya yang berkhidmat di Sabah sebagai individu yang memviralkan kehadiran kumpulan Abu Sayyaf di Kuala Lumpur dan Sabah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata, anggota pangkat rendah itu akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.
"Saya akan ke Sabah minggu depan untuk mendapatkan maklumat terkini dan berharap kes ini dapat diselesaikan lebih cepat," katanya kepada media hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri upacara pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 92 bekas anggota polis oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Mes Pegawai Kanan Polis Perlis di sini.
Muhammad Fuad berkata, siasatan awal polis mendapati adanya maklumat kononnya terdapat lapan anggota Abu Sayyaf di Kuala Lumpur dan 10 orang lagi di Sabah semasa Sidang Kemuncakl Asean Ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan diadakan di ibu negara minggu lepas.
Semasa mendapat maklumat itu, polis tidak dapat mengesahkannya sebaliknya terus menjalankan siasatan.
Beliau menjelaskan PDRM menambah anggota keselamatan kepada 7,000 orang daripada 4,000 orang semasa Sidang Kemuncak Asean adalah sebagai langkah keselamatan tambahan berikutan kejadian tembakan di Paris, dan bukannya kerana viral tentang kehadiran anggota Abu Sayyaf di Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Fuad berkata Angkatan Kawalan Sempadan atau AKS untuk mengambil alih kawalan sempadan negara bakal dilaksanakan tahun depan.
"Kajian mengenai penubuhan AKS dilakukan oleh PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan) telah sampai ke peringkat bengkel. Perkara-perkara penting dibincangkan antaranya bidang kuasa AKS, bajet, pengambilan kakitangan dan konsep.
"Matlamat kita supaya AKS lebih berkesan menjaga kedaulatan sempadan yang sangat sensitif dengan pelbagai isu seperti pencerobohan, penyeludupan dan pemerdangan manusia," katanya.   
Muhammad Fuad berkata, satu pasukan bengkel itu akan ke Amerika Syarikat sebelum akhir tahun ini untuk melihat dan mengkaji model pasukan Kawalan Keselamatan Sempadan negara itu untuk disesuaikan dengan Malaysia.
Beliau menegaskan sementara menunggu penubuhan AKS secara rasmi, kawalan di sempadan atau 'Ops Wawasan' akan terus menjadi tanggungjawab agensi-agensi yang sedang melaksanakannya.
"Saya juga telah meminta pasukan-pasukan keselamatan menjalani latihan di kawasan sempadan untuk memperlihat keberadaan kita di sempadan,"katanya.
Mengenai majlis itu, beliau berkata pengurniaan itu adalah tanda penghargaan kerajaan kepada bekas-bekas anggota polis tanpa mengira pangkat dan Perlis ialah negeri terakhir yang mengadakannya.
"Biasanya Menteri Besar yang menyampaikan pingat ini tetapi Perlis agak istimewa kerana Raja Muda Tuanku syed Faizuddin berkenan mengurniakannya dan ini menimbulkan rasa terharu pasukan," katanya. - Bernama

Perghhh..Gadis Duduk Di atas Bom Dalam Pesawat.


Gadis duduk atas bom dalam pesawat
Keadaan pesawat Airbus A321 yang terhempas di Sinai, Mesir pada 31 Oktober lalu. (Gambar kecil) Maria Ivleva, 15.

MOSCOW - RUSIA. Petugas penyiasat nahas pesawat Rusia yang terhempas di Sinai 31 Oktober lalu mengatakan bom diletakkan di bawah kerusi penumpang 31A yang diduduki Maria Ivleva yang berumur 15 tahun.

Menurut laporan Dailymail, selain gadis berkenaan, bom juga mungkin terletak di kerusi 30A di hadapan Maria yang diduduki warga emas, Nadezhda Bashakova, 77.
Petugas penyiasat mengatakan mereka yang duduk di atas kerusi tersebut dan penumpang berhampiran 'maut dalam sekelip mata'.
"Penyiasat dan pakar dari jabatan risikan berjaya mengenalpasti lokasi bom yang diletakkan oleh pengganas dalam pesawat Airbus A321," kata laporan media tempatan di Rusia.
Laporan tersebut mengatakan bom berkenaan mempunyai kekuatan satu kilo bahan letupan TNT.
"Kuasa letupan bergerak ke bahagian depan pesawat sehingga barisan kerusi 27, dan berpatah balik ke belakang pesawat sehingga barisan kerusi 32," kata laporan tersebut.
Dalam kejadian tersebut, pesawat penerbangan Kogalymavia 9268 dari Sharm El-Sheikh, Mesir yang menuju ke St. Petersburg, Rusia terhempas di Sinai, mengorbankan 224 penumpang dan anak kapal.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat komersial Rusia terhempas di Mesir]
Pihak berkuasa Rusia kini bekerjasama dengan kerajaan Mesir dan Britain yang sebelum ini memberikan maklumat yang mencadangkan terdapat bom di atas pesawat malang tersebut.
Rusia juga menawarkan £33 juta (RM211 juta) kepada pemberi maklumat yang membantu merungkai kejadian nahas tersebut
.

Perghhh .Bahana Melepas Rindu

Bahana melepas rindu
Anggota penguatkuasa JAIM membuat pemeriksaan di bilik didiami kakitangan kerajaan dan teman wanitanya di sebuah hotel di Klebang.

BANDARAYA MELAKA - Sanggup datang dari jauh untuk melepaskan rindu bertemu teman wanitanya, namun perbuatannya bersedudukan di hotel bajet membawa padah apabila pasangan itu ditangkap penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), awal pagi semalam.

Pasangan masing-masing berusia 23 tahun itu ditangkap dalam satu bilik hotel di Ayer Keroh, di sini, kira-kira jam 12.30 pagi.

Lelaki berkenaan dikatakan datang dari Kelantan menaiki bas untuk bertemu teman wanitanya itu yang merupakan pelajar sebuah universiti di negeri ini.
Menurut sumber, pintu bilik didiami pasangan terbabit hanya dibuka selepas kira-kira 10 minit diketuk penguatkuasa.
“Mereka memberi alasan takut untuk buka pintu sebelum akhirnya pintu dibuka kira-kira 10 hingga 15 minit arahan diberikan. Perempuan itu juga menangis dan memberitahu dia sekadar menemani teman lelakinya yang penat.

“Difahamkan, dia mengambil teman lelakinya di Melaka Sentral petang semalam (kelmarin) dan berjalan sekitar Melaka menaiki kereta milik perempuan tersebut sebelum mendaftar masuk hotel itu,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan terbabit antara lima pasangan yang dicekup dalam empat serbuan berasingan selama lima jam bermula 9.30 malam.
“Kesemua yang ditahan berusia 19 hingga 40 tahun termasuk seorang kakitangan kerajaan ditahan di hotel bajet di sekitar Ayer Keroh, Bukit Katil, Klebang dan Tengkera,” katanya.
Menurutnya, kakitangan kerajaan yang datang dari Gemas, Negeri Sembilan itu ditahan bersama teman wanitanya berasal dari Melaka di sebuah hotel di Klebang kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

“Pasangan ini mendaftar masuk dua bilik dipercayai untuk mengaburi mata penguatkuasa bagi mengelak diperiksa. Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan di setiap hotel itu kita menemui lelaki berkenaan berada di dalam bilik wanita itu.
“Lelaki yang mengaku suami orang itu dipercayai hanya meletakkan barang-barang di dalam bilik sebelum memasuki bilik wanita yang terletak selang satu pintu dengan biliknya di hotel berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, kelima pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Sekyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.
Menurutnya, serbuan diketuai Ketua Unit Operasi (Bahagian Penguatkuasa) Jaim, Zurul Iman Zakaria itu disertai 12 anggota
.

Tuesday, November 24, 2015

Tiga Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rompak Akauntan Dalam Lif

Rompak Akauntan Dalam Lif


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang didakwa berpakat dan merompak seorang akauntan dalam lif sebuah kondominium di Setapak bulan lalu sehingga menyebabkan kecederaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini.

Kru filem Ahmad Shafizi Shafei, peniaga Muhammad Qusyahreen Zainurdin dan juruteknik Mohamad Faizal Shamsudin didakwa pada Isnin kerana merompak Lim Lian Lee, 26, dan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap wanita itu di dalam lif utama kondominium Prima Setapak, Setapak di sini pada 17 Oktober lalu kira-kira pukul 11.45 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 21 Disember.

Hakim Jagjit juga memerintahkan ketiga-tiga mereka melaporkan diri di balai polis Sentul pada minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan.

Dilaporkan bahawa seorang wanita telah diekori oleh dua lelaki memasuki lif yang kemudian menendang dan mencederakannya hanya untuk mendapatkan wang dalam beg tangannya.

Rompakan menakutkan itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup, yang telah tersebar luas di media sosial.

Serangan itu menyebabkan mangsa patah dua batang gigi dan mengalami lebam di seluruh badannya.

Perghhh..3000 Orang Berhenti Potongan Gaji Di YAPEIM ? BH Online

Abibullah Samsudin
Abibullah Samsudin


KOTA BHARU - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai  penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.  
"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim.  
"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda Yapeim anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam tadi.  
Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Prof Datuk Mahamad Naser Dis.
Mengulas lanjut, Abibullah berkata Yapeim kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.
Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.
Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.
YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya. - Bernama

Klik Sini  Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Monday, November 23, 2015

Viral..Banyak Laluan DiTutup Di KL, Sempena Kehadiran Obama


jalan tutup
Jadual tugas pegawai trafik yang tersebar sejak semalam.

VIRAL
 di aplikasi WhatsApps sejak semalam berhubung penutupan beberapa jalan di Lebuhraya Persekutuan jam 3 petang ini berikutan kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Menurut mesej itu, orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif lain kerana semua jalan keluar masuk Lebuhraya Persekutuan akan ditutup mati.
"Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan melalui Lebuhraya Persekutuan dari Subang ke Kuala Lumpur.
"Penutupan jalan dalam sekitar jam 3 petang, harap maklum, gunalah jalan alternatif yang lain," menurut mesej itu.
Dalam pada itu, turut tersebar di laman sosial ialah jadual tugas kawalan lalu lintas lawatan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia 2015 dari Kolej Taylor  Subang Jaya ke Kuala Lumpur.
Berdasarkan maklumat tersebut antara jalan yang akan ditutup mati ialah lorong motosikal dari Shah Alam di susur Subang, susur keluar Subang Jaya ke Lebuhraya Persekutuan, sebelum susur turun flyover Persiaran Kewajipan Jalan LTAAS.
Lebuhraya Persekutuan (jam besar) dari arah Shah Alam,  susur naik Majlis Link Kelana Jaya, susur masuk Nan Yang Siang Pau, susur naik dan turun Jambatan Motorola, susur masuk Sungai Way, susur naik Jalan Klang Lama/NPE
Susur masuk Jalan 51a/225, susur masuk dan keluar Jalan 222, susur naik dan turun Jalan Barat, Jalan Timur, susur turun Jalan EPF, Gerbang Kota Darul Ehsan (sempadan Petaling Jaya/Kuala Lumpur).
Sementara itu, tinjauan Sinar Online di laman mikro Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan penutupan jalan hanya kerana kedatangan pemimpin itu.
Nuaaaaaaa ‏@AnwarZainuddinn menulis "sebab kan obama sorang je habis tutup jalan federal highway tu.
"

Sunday, November 22, 2015

Kakiitangan Klinik Swasta Biadap


Kakitangan klinik swasta biadab
Rahman (kanan) bersama anaknya menunjukkan surat yang diberikan oleh doktor di klinik swasta tersebut.
LABIS – Seorang bapa kesal dengan tindakan biadab kakitangan sebuah klinik swasta yang beroperasi 24 jam di sini, ketika mendapatkan rawatan untuk anak lelakinya, malam Selasa lalu.
Menurut Rahman Jamal, 31, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, anaknya, Muhammad Aiedy Aierill, 9, tidak sedarkan diri secara tiba-tiba di rumah mereka dan dia bergegas ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan awal.
"Ketika saya sampai ke klinik tersebut, salah seorang kakitangan wanita yang berada di kaunter memberitahu rakan setugasnya dengan nada sinis bahawa anak saya dah nak mati sekali gus membuatkan saya terkejut.
"Malah, dia juga tak benarkan saya bawa masuk anak ke bilik rawatan kecemasan dengan alasan ada pesakit lain sedang menerima rawatan ketika itu," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Rahman, mengikut pengetahuannya, terdapat beberapa kes seperti pengsan, serangan jantung dan melecur teruk adalah kes kecemasan yang perlu diberi rawatan segera, terutamanya melibatkan kanan-kanak berbanding sakit biasa seperti demam dan sebagainya.
"Saya panik sebab ini kali pertama anak saya tidak sedarkan diri dan lebih mengejutkan lagi apabila doktor bertugas bertindak menyuruh anak saya berdiri seolah-olah dia sedang tidur, sedangkan ketika itu dia terlalu lemah serta belum sedarkan diri.
“Selang beberapa minit, doktor itu hanya beri surat dan arahkan saya supaya bawa anak ke Hospital Daerah Segamat (HDS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari klinik tersebut, sedangkan saya berharap anak saya diberi rawatan awal ketika itu,” katanya.
Ujarnya lagi, sebaik keluar daripada bilik rawatan, rakan petugas kaunter berkenaan meminta maaf atas perbuatan rakannya itu yang disifatkan tidak sopan.
"Tetapi sebaliknya, rakannya itu tak tunjukkan reaksi bersalah ataupun minta maaf. Sebagai petugas klinik mereka perlu sedar bahawa pesakit mengharapkan layanan serta rawatan memuaskan kerana mereka bukannya mendapatkan rawatan secara percuma.
“Saya harap perkara ini tak berlaku kepada pesakit lain," katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, walaupun klinik tersebut merupakan klinik swasta, pegawai perubatan dan kakitangannya juga perlu mematuhi etika dan peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Saya nasihatkan klinik swasta di negeri ini agar berikan perkhidmatan terbaik kerana ia cerminan kepada sikap profesional dan etika kerja sekali gus dapat menjaga imej klinik swasta," katanya.