KAMPAR – Seorang remaja berusia 13 tahun dirogol sebanyak dua kali oleh rakan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi WeChat di sebuah tandas awam, di sini.
Kejadian berkenaan terbongkar selepas bapa mangsa terbaca mesej anaknya itu.
Pelajar tingkatan satu itu menceritakan kejadian sebenar kepada bapanya yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan telah dijalankan dan suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditangkap, kelmarin.
“Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pada 8 November lalu dan mula keluar bersama enam hari kemudian dengan menaiki bas awam ke Kampar seawal jam 8 pagi.
“Mangsa dirogol kali pertama pada 20 November lalu selepas suspek membawa mangsa ke tandas lelaki berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, pada awalnya mangsa menolak, namun suspek memujuk dan meyakinkan bahawa dia tidak akan meninggalkan mangsa selepas kejadian itu.
Menurutnya, kejadian kedua turut berlaku di tandas sama dua hari kemudiannya ketika mereka keluar bersama dengan menaiki bas.
“Setelah laporan dibuat, mangsa dibawa menjalankan pemeriksaan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Manakala, suspek direman beberapa hari untuk jalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rogol,” katanya
.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..