NORWICH - BRITAIN. Seorang lelaki dipecat oleh majikannya selepas menekan butang 'like' sebuah gambar baju yang dimuat naik rakan sekerjanya di laman Facebook.
Troy Garrod yang mula bekerja di Bertrams Books pada tahun 2011, berada di rumahnya di Norwich melihat seorang rakannya memuat naik gambar yang menunjukkan sehelai baju yang tertera gambar lima ekor serigala disangkut di belakang kerusi yang kosong.
Troy bersama 70 pelayar yang lain turut 'like' gambar tersebut namun beberapa hari kemudian, dia menerima mesej pesanan ringkas dari majikannya yang mengatakan dia dipecat.
Troy berkata, dia tidak mengetahui apa makna disebalik gambar tersebut dan hanya menekan butang 'like' sama seperti apa yang dilakukan orang lain.
"Apabila saya mendapat pesanan bahawa saya dipecat, saya sukar mempercayainya dan berasa sakit hati dan marah, malah rakan sekerja juga merasakan apa yang terjadi adalah sesutu yang tidak masuk akal, " katanya dipetik Metro.uk.
Katanya lagi, adalah sesuatu yang tidak adil apabila saya dihukum hanya kerana menekan butang like' di Facebook.
Gambar tersebut dimuatnaik oleh rakan sekerja perempuannya pada 11 Oktober lalu.
Tambah Troy, majikannya memberitahu bahawa mereka memecatnya kerana menyukai gambar yang tidak sesuai dan menunjukkan dia 'membuli' pemilik baju berkenaan.
Bagaimanapun, Troy mendakwa dia tidak tahu siapa pemilik sebenar baju berkenaan.
Sementara itu, wanita yang memuatnaik gambar berkenaan turut dipecat.
Syarikat Betrams enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..