Monday, November 9, 2015

Seorang Tukang Gunting Rambut berjaya Gunting Rambut kanak-kanak autisme.


Anda jarang melihat situasi seperti ini setiap hari. Seorang tukang gunting rambut meniarap di lantai untuk mengunting rambut seorang budak lelaki. 

Ada sebab mengapa dia berbuat demikian. 

Nama budak itu, Mason dan dia seorang kanak-kanak autisme. Mengunting rambut boleh menjadi sesuatu yang sangat sukar bagi kanak-kanak autisme di mana mereka mempunyai masalah bebanan deria yang melampau. 

Tetapi itu tidak menjadi masalah bagi James Williams. Dia bekerja sebagai tukang gunting rambut di Wales, selatan barat Great Britian. Beliau memuat naik gambar-gambar ini di laman Facebooknya bersama dengan kapsyen:

"Sejak beberapa bulan yang lalu saya telah mencuba untuk mencari cara yang berbeza bagaimana mahu memotong rambut Mason. Dia tidak akan membenarkan gunting saya menghampiri salah satu telinganya dan dia akan lari bilamana dia rasa dia tidak bersedia untuk mengunting rambut. 

"Tetapi hari ini, saya akhirnya berjaya melakukannya di mana kami berdua meniarap di lantai dan dalam diam dia membenarkan saya memotong dan memberi potongan rambut yang sempurna buat pertama kalinya. 



"Saya telah mencapai sesuatu dalam kerja yang saya suka dan ini juga membuatkan ibu bapanya gembira  dengan memberi perhatian tambahan kepada Mason dengan membina persahabatan dan kepercayaan dengan Mason dan diri saya sendiri.


"Apabila selesai mengunting rambut, saya meminta 'high-5' darinya. Sebaliknya dia memeluk saya," katanya yang sangat teruja.

Kisah Mason dan James kini tersebar di seluruh dunia. Dalam status terbaru James di Facebook:

"Mason is a superstar. I'm so touched to have made an impact globally for all families. To have raised awareness for ASD (autism). Honestly I'm truly touched. #barberlove thank you!" katanya. 

Bagi saya, cerita-cerita kecil seperti ini membuatkan hidup kita lebih bernilai. Cerita mereka membuatkan saya tersenyum dan berasa lebih baik. - Frank Somerville / THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..