SHAH ALAM - Sebuah video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk dan mencium pelajar lelaki yang dipercayai kekasihnya selepas dilamar viral dan mendapat kritikan netizen.
Video berdurasi 15 saat itu dipercayai dirakam di kawasan sekolah dan turut disaksikan pelajar yang lain.
Bagaimanapun, lokasi serta sekolah tidak dapat dipastikan.
Sementara itu, memetik laporan Star Online, Kementerian Pendidikan akan menyiasat mengenai video berkenaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian siasat video pelajar berpeluk, cium]
Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata, walaupun belum menyaksikan video berkenaan, pihak kementerian dalam usaha untuk mengenalpasti lokasi sekolah dimana kejadian itu berlaku.
"Saya belum menonton video berkenaan, tetapi ia menarik perhatian saya selepas beberapa individu turut menekankan mengenai isu ini," katanya dipetik Star Online.
"Kami akan menyiasat perkara itu untuk mengetahui dimana dan bila ia berlaku," ujarnya.
Video tersebut mendapat kritikan kerana perilaku tidak senonoh berlaku di kawasan sekolah dan melibat pelajar yang masih berpakaian seragam sekolah
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..