YALA - THAILAND. Seorang pegawai perisikan terkorban manakala bapanya cedera parah apabila bom yang ditanam di dalam kubur ibu mangsa meletup ketika dua beranak itu membaca surah Yasin di kubur yang terletak di Kampung Bo Jet Look, di daerah Muang Yala, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi tadi, kesan letupan kuat itu menyebabkan jasad ibu mangsa terkeluar dari liang kubur yang dikebumikan tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Muang Yala, Kol.Pol. Kerisda Keawjandi berkata, bom seberat 10kg itu dipercayai ditanam oleh kumpulan pemisah, Rakib Dollah, yang menyasarkan mangsa, yang juga seorang anggota renjer di daerah berkenaan.
Beliau berkata mangsa, Sheik Chedomad meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Aziz Chedomad cedera parah dan kini dirawat di Hospital Pusat Wilayah Yala di sini.
Bagaimanapun, umur dua beranak itu tidak diketahui. Dalam pada itu, Ketua Pejabat Daerah Muang Yala, Konsakul Chanraj, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan melampau hingga penduduk kampung juga rasa terkesan dan amat sedih kerana pelaku sanggup bertindak kejam. - Bernam
a
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..