KAPTEN Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MPV) serta turut merangkul gelaran Pemain Tengah Terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-TM2015, sebentar tadi.
Selain Safiq, dalam majlis itu, JDT turut merangkul lima lagi gelaran daripada tujuh anugerah utama yang dipertandingkan iaitu Ketua Jurulatih Terbaik, Mario Gomez; Penyerang Terbaik, Amri Yahya; Pertahanan Terbaik, Aidil Zafuan; Penjaga Gol Terbaik, Farizal Marlias dan Pemain Import Terbaik, Lucianio Figueroa.
Bagi anugerah Pemain Muda Terbaik, Matthew Davis dari Pahang mengenepikan cabaran hebat daripada Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Selangor) dan Farhan Roslan (Kedah).
Berikut adalah senarai penuh pemenang:
Pemain Paling Bernilai : Safiq Rahim (JDT)
Ketua Jurulatih Terbaik: Mario Gomez (JDT)
Penyerang Terbaik: Amri Yahyah (JDT)
Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)
Pemain Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan (JDT)
Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)
Pemain Import Terbaik: Luciano Figueroa (JDT)
Pemain Muda Terbaik: Matthew Davis (Pahang)
Anugerah Fair Play: LionsXII
Kelab Penyokong Terbaik: Elephant Army (Pahang)
Kelab Terbaik: Kedah
Pemain Wanita Terbaik: Nurul Azurin Mazlan (Sabah)
Pemain Futsal Lelaki Terbaik: Azrul Hadee Mohd Taufiq
Pemain Futsal Wanita Terbaik: Siti Asnidah Zamri
Penjaring Terbanyak Liga Super: Dramane Traore (PDRM,20 gol)
Penjaring Terbanyak Liga Premier: Francis Forkey Doe (NS Matrix,17 gol)
Anugerah Khas: JDT
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..