TEMERLOH – Seorang doktor yang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 12 Jalan Jerantut Temerloh jam 6.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa, Loh Min Xin, 27, dari arah Jerantut memandu kereta Hyundai Elantra dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang elektrik di tepi jalan.
Menurutnya, akibat rempuhan itu mangsa meninggal dunia manakala seorang lagi penumpang yang juga adiknya Loh Min Zhi, 24, mengalami cedera ringan.
“Siasatan awal mendapati mangsa seorang doktor di Hospital Temerloh bersama adiknya seorang pegawai farmasi di hospital sama dalam perjalanan ke tempat kerja apabila kenderaan dipandu terbabas dan melanggar tiang elektrik.
“Kejadian berlaku di kawasan jalan raya dua hala satu lorong dan ketika kejadian permukaan jalan kering serta cuaca baik,” katanya kepada media semalam.
Anuar berkata, pihak hospital masih menjalankan siasatan lanjut punca kematian mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu terutama ketika keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang
.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..