SHAH ALAM - Atas dasar saling mencintai, poi
kurang didikan agama serta kurangnya perhatian dan kasih sayang keluarga, seorang remaja perempuan sanggup melakukan penipuan demi bersama teman lelaki.
kurang didikan agama serta kurangnya perhatian dan kasih sayang keluarga, seorang remaja perempuan sanggup melakukan penipuan demi bersama teman lelaki.
Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, itu antara punca remaja perempuan sanggup menipu keluarganya sendiri kerana cinta dan ingin bebas.
“Kerana kurangnya didikan agama, maka timbul perkara tidak sepatutnya. Apabila kurangnya perhatian dan kasih sayang, mereka mula melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesan kepada keluarga," katanya.
Pada masa sama, anak-anak juga perlu lebih bijak, bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi dari segi sosial.
“Mereka harus faham ada pihak cuba memerangkap mereka menggunakan ayat-ayat ‘power’. Jadi apabila anak perempuan ini mengetahui, jadi tidaklah mereka mudah terperangkap dengan jerat cinta lelaki,” katanya.
Beliau berkata, ada ibu bapa terlalu percaya anak. Apabila berlaku kes seperti ini, kita terima kesan.
“Lagi pun tidak pelik anak menipu. Kes sebegini banyak berlaku. Kadang-kadang mereka sendiri berpakat dengan kawan supaya mereka boleh keluar dengan teman lelaki.
“Sikap remaja begini membuatkan orang ramai marah. Namun, kita jangan serik bantu. Jika berlaku kes sebegini yang sengaja diada-adakan ceritanya, wujud kes benar,” katanya.
Mengulas mengenai kejadian viral yang berlaku terhadap remaja perempuan 14 tahun baru-baru ini, umurnya terlalu mentah dan mungkin bertindak tanpa fikir panjang.
“Beri mereka peluang. Mungkin ia pengajaran kepada anak remaja lain,” katanya.
Katanya, dalam insiden tersebut, keluarga pasti malu, kerana pada saat ia diviralkan keluarga berharapkan bantuan agar anak ditemui, tetapi pada masa rasa marah.
Marah pada si anak gadis dan malu dengan orang ramai kerana ia membongkar kelemahan keluarga itu dalam segi pendidikan. Namun keluarga perlu sabar dan beri peluang agar anak itu fahami makna hidup.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..