KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak merogol anak gadis rakan baiknya sehingga mangsa mengandung dan melahirkan seorang anak, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku beberapa kali di rumah mangsa yang berusia 15 tahun, di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Menurut sumber, suspek yang berusia 55 tahun itu dipercayai sering berulang alik ke rumah tersebut dan secara kebetulan, kediaman mereka berdekatan antara satu sama lain.
“Namun, setiap kali mengetahui mangsa berseorangan, suspek dipercayai mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia yang layak dipanggil ‘ayah’ oleh mangsa, dipercayai mengulangi perbuatan keji itu sehingga mangsa yang masih bersekolah itu mengandung,” katanya, semalam.
Sumber berkata, sepanjang tempoh mengandung, mangsa langsung tidak mengetahuinya kerana menganggap dirinya tidak datang bulan adalah perkara biasa.
“Bagaimanapun, mangsa merasa risau setelah melihat kakinya mula membengkak sebelum menunjukkan keadaan kakinya kepada ibunya, lalu di bawa ke klinik berhampiran.
“Setibanya di klinik tersebut, doktor mengesahkan mangsa sedang mengandung dan hanya tunggu masa untuk bersalin, sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.
Kata sumber, terkejut dengan perkhabaran itu, ahli keluarga mangsa terus membuat laporan polis dan suspek ditahan di kediamannya, kelmarin.
Semalam, di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan suspek ditahan reman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..