DEMAM filem Dilwale gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol nampaknya masih terus melanda seluruh dunia tidak ketinggalan di negara ini.
Malah lagu tema filem tersebut terus mendapat permintaan pendengar di corong-corong radio tempatan tidak kira waktu.
Lagu 'Gerua' dan 'Janam Janam' dikatakan berhantu hingga menyebabkan peminat filem tersebut terus mengulanginya berkali-kali.
Pelbagai respons membanjiri laman sosial termasuk Facebook, Twitter dan Instagram menunjukkan peminat-peminat jatuh hati dengan filem tersebut.
Video lagu tema rasmi di Youtube bagi 'Janam Janam' setakat ini telah mencatatkan hampir 7 juta tontonan sejak dimuatnaik bulan lalu.
Manakala bagi lagu Gerua pula telah ditonton hampir 3 juta tontonan.
Penyanyi bagi lagu Gerua adalah Arijit Singh manakala bagi lagu Janam Janam, Arijit berduet dengan Antara Mitra.
Mula ditayangkan 18 Disember lalu, Dilwale terus mencatatkan kutipan yang tinggi di seluruh dunia.
Teringat cerita salah seorang rakan yang 'dipaksa' menonton Diwale pada hari pertama tayangan melihat ada kaum adam dalam panggung wayang yang datang sendirian untuk menonton.
Namun, daripada 'terpaksa' akhirnya, dia juga turut terjebak sehingga tayangan filem berakhir.
Malah tidak kurang juga rakan-rakan yang memberitahu telah pergi menonton filem itu di panggung wayang beberapa kali.
Nampaknya, walaupun sudah kian berusia, Shah Rukh Khan dan Kajol masih berbisa dan meninggalkan kesan mendalam terhadap lakonan mereka.
Lebih menarik, penggambaran bagi muzik video 'Gerua' telah dijalankan di lokasi sebenar tanpa ada satu pun babak yang menggunakan skrin hijau.
Difahamkan lokasi-lokasi menarik termasuk air terjun, atas bangkai pesawat, pergunungan ais serta tasik yang digunakan dalam muzik video itu terletak di Kepulauan Iceland.
Fakta ini disahkan sendiri kedua-dua pelakon dalam rakaman video di sebalik tabir penggambaran sekaligus menepis cakap-cakap yang mendakwa pembikinan muzik video itu terlalu banyak menggunakan teknik janaan komputer dan skrin hijau.
Malah Shah Rukh Khan dan Kajol serta kru penggambaran terpaksa mendaki sendiri lokasi-lokasi berbahaya seperti tebing air terjun namun atas faktor keselamatan kaki kedua-duanya diikat.
Susulan keadaan tasik berais terlalu sejuk, kedua-duanya mengakui tidak dapat membuka mulut ketika penggambaran dijalankan
.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..