SHAH ALAM - Dua lelaki warga tempatan dipercayai broker hidupan liar ditahan selepas disyaki melakukan transaksi urus niaga dua ekor pelanduk, Khamis lalu.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan Semenanjung, Hasnan Yusop berkata, dua ekor pelanduk yang masih hidup dirampas dalam serbuan tersebut kerana tidak mempunyai dokumen sah.
“Pelanduk tersebut diletakkan di dalam kotak di bahagian tempat duduk belakang kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki kedua-dua suspekKedua-dua suspek dipercayai sedang menunggu pembeli hidupan liar tersebut bagi urus niaga yang dipercayai bernilai RM1,000,” katanya.
Operasi dijalankan pasukan Unit Risikan Ibu Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung bersama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan Selangor kira-kira jam 9 malam berhampiran sebuah stesen minyak di Kampung Jawa Klang.
Katanya, intipan dan risikan dilakukan bermula dari Stesen Bas Shah Alam mendapati suspek mengambil hidupan liar tersebut yang dihantar melalui perkhidmatan penghantaran barang menggunakan pengangkutan bas dari Kuantan, Pahang.
“Pemeriksaan lanjut di kediaman suspek bagaimanapun tidak menemui sebarang hidupan liar lain. Suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Unit Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan burung murai batu melalui jalan laut secara besar-besaran di kawasan Perairan Tanjung Lompat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor melibatkan rampasan sebanyak 468 ekor, Khamis lalu.
Menurut Hasnan, empat lelaki ditahan termasuk dua warga Indonesia dan merampas dua kenderaan pacuan empat roda, sebuah bot serta sebuah enjin bot yang digunakan di dalam sindiket itu dengan nilai rampasan dianggarkan RM400,000.
“Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, kesemua suspek dipercayai sedang menjalankan aktiviti memunggah bakul berisi murai batu ke dalam bot dan ditarik menggunakan kenderaan jenis Daihatsu Feroza ke pantai untuk dibawa ke laut menuju Batam, Indonesia.
“Seorang daripada suspek warga tempatan yang ditahan merupakan dalang yang bertanggungjawab dalam urusan penyeludupan hidupan liar itu, turut mengaku mengambil semua stok dari Johor, Pahang dan beberapa negeri lain,” katanya.
Menurutnya, harga bagi seekor murai batu dianggarkan bernilai antara RM200 hingga RM300 bergantung kepada kualiti burung dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..