Bayi lelaki itu yang mempunyai lebih 12 kesan tikaman ditemui dalam sebuah lubang yang ditutupi dengan daun kering oleh seorang petani wanita di wilayah timur laut, Khon Kaen.
Wanita itu terdengar suara tangisan bayi tersebut semasa sedang memberi lembunya makan di sebuah ladang pada Selasa, lapor media tempatan.
"Kami mengerahkan polis untuk menjejaki suspek," kata pegawai polis, Nopporn Rithnual.
Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di wilayah tersebut.
Polis masih belum mengenal pasti motif insiden tersebut.
Namun difahamkan kes pengguguran haram adalah menjadi perkara biasa di Thailand, sebuah negara yang mempunyai kadar kehamilan luar nikah di kalangan remaja tertinggi di rantau ini.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..