KLANG - Impian seorang pemuda untuk menamatkan zaman bujangnya berakhir tragedi menyayat hati apabila dia mati selepas dipukul seorang lelaki di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, di sini, malam tadi.
Mangsa dikenali Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Febuari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam selepas mangsa dipercayai tertinggal untuk mengambil anak saudara suspek yang pulang dari sekolah agama.
"Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya meninggal dunia dalam van berkenaan.
"Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya," katanya.
Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..