SHAH ALAM - Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Datuk Bahri Mohamad Zin menafikan tohmahan Raja Petra Kamarudin dalam laporan Malaysia Today
Sabtu lalu kononnya beliau bergaduh dan bertengkar dengan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim
Mohamed berkaitan isu kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Beliau yang turut menafikan segala tohmahan yang dilontarkan oleh Raja Petra dan portal kendaliannya pada
Sabtu lalu telah membuat satu laporan polis di Putrajaya, semalam.
"Ya, saya ada buat satu laporan polis. Diharap siasatan ini akan membersihkan nama saya dan SPRM," kata
beliau ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Dalam laporannya, Bahri menegaskan, laporan portal itu mendakwa beliau bergaduh dan bertengkar dengan
Abu Kassim, dan lain-lain dakwaan yang terdapat dalam portal itu, adalah tohmahan jahat dan fitnah.
"Tuduhan bahawa saya juga adalah ejen DAP dan mahu menjatuhkan Umno juga merupakan satu bentuk fitnah,
yang bertujuan mencemarkan nama dan reputasi saya sebagai pegawai SPRM," katanya.
Bahri mahu pihak polis siasat tohmahan tidak berasas itu bagi membersihkan nama beliau dan reputasi SPRM.
"Tindakan saya sepanjang masa berkhidmat di SPRM adalah bertindak secara profesional berdasarkan undang-
undang dan peraturan, dan mahu mempertahankan kebebasan SPRM," kata Bahri.
Bahri juga berkata, beliau mengenali dan yakin dengan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM,
di mana mereka telah membuktikan yang mereka sentiasa mempertahankan mana-mana pegawai yang
mempertahankan kebebasan dan ketelusan SPRM dan bertindak secara adil dan profesional demi SPRM dan
negara
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..