SHANGHAI - CHINA. Seorang wanita dilaporkan bukan sahaja sengaja membiarkan kanak-kanak yang dibawa bersamanya membuang air dalam keretapi bawah tanah di bandar itu.
Malahan wanita itu yang dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu turut memberi dorongan untuk kepada kanak-kanak tersebut untuk melakukan perbuatan tersebut.
Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, tindakan wanita itu yang mendorong kanak-kanak terbabit membuang air kecil dalam gerabak keretapi mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pengguna pengangkutan awam itu.
Kelakuan wanita dan kanak-kanak itu sempat dirakam oleh pengguna awam lain dan ia dimuatnaik ke dalam aplikasi sosial terkenal di China, Weibo.
Rata-ratanya mengkritik tindakan wanita itu dan menyifatkan ia sebagai suatu bentuk gangguan terhadap orang awam yang turut menggunakan kemudahan tersebut.
“Saya rasa pada masa hadapan, individu yang terlibat atau bertanggungjawab terhadap insiden seperti ini perlu dilarang menggunakan kenderaan atau pengangkutan awam selama setahun,” kata seorang pengguna Weibo.
Seorang lagi pengguna aplikasi yang sama berpendapat, wanita dan kanak-kanak itu merupakan rakyat migrasi dan tidak tahu peraturan pengangkutan awam.
“Ini tahap di mana kita perlu fikir bahawa generasi akan datang akan berkelakuan lebih teruk daripada ini (merujuk insiden berkenaan). Kita perlu beri tunjuk ajar dan pengaran terhadap individu seperti ini,” katanya
.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..