Saturday, March 19, 2016

Perghhh..Gambar kereta yang Dirempuh Lori



Kuala Lumpur, 17 Mac: Sebuah lori yang membawa muatan pasir merempuh 14 kenderaan dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Halim menghala ke pusat bandar berhampiran dengan pintu 3 pintu Istana Negara dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang tadi.

Laporan dari Harian Metro menyebut, lori terbabit yang dipandu oleh seorang lelaki yang berusia 20-an hilang kawalan selepas mengalami masalah brek.

Salah seorang mangsa, Elaine Ng, berkata dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya juga, dia masih trauma selepas dirempuh lebih lima kali sehingga menyebabkan kenderaannya remuk di semua bahagian.

Di dalam kejadian, tiga individu dilaporkan mengalami kecederana luka-luka kecil dan kejadian turut menyebabkan kesesakan jalan hampir dua kilometer. - Siakapkeli.my








No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..