Thailand, 19 Mac - Kelakuan kurang sopan sekumpulan pelancong dari China telah dikritik ramai apabila satu video viral memaparkan kumpulan itu menggunakan pinggan untuk mencedok udang ketika makan secara bufet di sebuah hotel di Chiang Mai.
Klik SINI untuk Dapatkan Berita X berapa Sempoii seTiap hari
Selain kelakuan rakus itu, beberapa foto yang memaparkan banyak makanan yang diambil tidak dimakan secara habis juga menjadi viral menambahkan lagi 'perisa' di dalam kritikan orang ramai.
Di dalam video tersebut, yang viral di laman sosial China, pelancong yang 'lapar' itu kelihatan menolak antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan sebelum mencedok dan pergi bersama beberapa pinggan udang.
Namun, kebanyakan udang yang diambil terbiar begitu sahaja tanpa dimakan, menyebabkan kemarahan netizen.
zx11xz1974 menulis, "Apakah ini? Kamu semua tak pernah makan udang sebelum ini? Tak malu ke (berperangai) begini di luar negara?".
Seorang netizen dari Fujian menulis : "Kami orang tanah besar beraksi seperti belalang di luar negara, tak kira ke mana kami pergi, tak akan ada sehelai rumput yang tumbuh".
Selain dari netizen, kelakuan rakus ini juga turut mendapat perhatian media tempatan China.
Dan jika anda mahu menyaksikan sendiri kelakuan itu, tonton video yang dimuat naik oleh shanghaiist ini.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..