Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser sedang menunggu pesawat mereka di lapangan terbang kuching. Foto Adam Harvest / ABC Indonesia |
Kuching, 15 Mac: Dua wartawan warga Australia yang ditahan baru-baru ini kerana merempuh kawalan keselamatan ketika Majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa di sini pada Sabtu lalu tidak didakwa di mahkamah sebaliknya diarahkan meninggalkan negara ini.
Menurutnya juga, polis sudah menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam.
Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun mengarahkan tiada pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki terbabit.
"Mereka cuma diarahkan meninggalkan negara ini," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Pada Sabtu lalu, dua wartawan Australia, Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser telah ditangkap di Kota Sentosa kerana gagal mematuhi arahan polis dan merempuh kawalan keselamatan ketika lawatan Perdana Menteri. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..