PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membawa pegawai agama di negeri tersebut menaiki pesawat 'emas' Boeing 737 milik baginda.
Turut berada dalam pesawat itu ialah Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin.
Pesawat yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan termasuk 18 bulan bagi kerja pengubahsuaian dalaman itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas terbang dari Amerika Syarikat pada Isnin lalu.
Pesawat berwarna emas dan biru itu mempunyai kalimah Allah di bahagian atas.
Selain itu, pesawat baharu tersebut turut mempunyai lambang negeri di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan.
Pesawat itu dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi.
Menariknya, ruang dalaman pesawat dihiasi tulisan khat.
Pesawat terbaru Sultan Johor itu boleh menampung antara 25 hingga 30 orang akan digunakan untuk mempromosikan Johor.
Difahamkan baginda berhasrat membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah bagi mengerjakan haji menaiki pesawat itu.
"Saya turut ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal," katanya kepada The Star.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..