KUWAIT CITY - KUWAIT. Seorang wanita dipercayai pembantu rumah bertindak meletakkan air kencing dalam segelas jus majikannya, lapor Mirror.uk
Video menjijikan berdurasi 53 saat itu dirakam melalui kamera yang disembunyikan dan dimuat naik dalam laman perkongsian LiveLeak dua hari lalu.Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang memakai pakaian seragam berwarna biru menyediakan segelas minuman dan diletakkan di atas kabinet dapur.
Selepas wanita itu meninggalkan dapur berkenaan, seorang wanita lain yang berpakaian warna hijau dan berselendang mengambil sebuah bekas lain dan kemudian memasukkannya di dalam pakaiannya.
Wanita berkenaan kemudian dilihat menuang cecair di dalam bekas berkenaan dipercayai air kencing ke dalam minuman tersebut.
Sementara itu, memetik Metro.UK, perlakuan wanita berkenaan dirakam oleh majikannya warga Kuwait yang ragu-ragu dengan wanita itu ketika menyediakan sarapan pagi kepadanya.
Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kejadian itu tidak dapat dipastikan, namun perbuatan wanita itu mengundang kritikan netizan yang rata-rata menganggap ia perbuatan yang menjijikkan.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..