Saturday, April 30, 2016

Perghhh..Pegawai Imegration Kasari PATI di Tukarkan Serta Merta


PUTRAJAYA - Susulan viralnya video seorang Pegawai Imigresen (wanita) menyerang PATI, pegawai terbabit telah ditukarkan serta merta dari Unit Penguatkuasaan ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan. 
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, petukaran itu hanyalah untuk sementara sahaja dan pihaknya masih menunggu hasil siasatan penuh berhubung kes itu. 

"Jika hasil siasatan mendapati pegawai itu terbukti bersalah, melanggar peraturan sebagai penjawat awam, Jabatan ini tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadapnya," katanya. 

Video tersebut viral di media sosial dan menerima pelbagai reaksi netizen. 

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan pegawai tersebut, namun ada segelintir yang bersetuju serta berpendapat bahawa ada mungkin mangsa yang diserang itu telah berkata  sesuatu yang tidak elok pada pegawai berkenaan. - 

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..