Friday, April 1, 2016

Sekurang-Kurangnya 14 Maut Jejambat Runtuh Di India



Jejambat yang masih dalam pembinaan runtuh di Kolkata, India pada Khamis. Foto Reuters

DIKEMASKINI
KOLKATA: Sebuah jejambat yang masih dalam pembinaan di bandar Kolkata, India runtuh pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang maut, kata pihak berkuasa.
Binaan jejambat diperbuat daripada simen dan logam yang runtuh pada waktu tengah hari menghempap pejalan kaki, kereta dan kenderaan lain.
"Empat belas orang disahkan maut. Lebih 70 lagi cedera," kata jurucakap pihak berkuasa pengurusan bencana, Anurag Gupta kepada AFP.
"Operasi menyelamat masih sedang berjalan kerana ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..