Video berdurasi 3 minit itu dimuat naik oleh lamanJohorean Sport Team , telah mendapat 745 shares di Facebook.
"Patutlah Indra Putra dengan Brendan sampai berdarah-darah tak nak keluar dari padang. Main kerana duit habuan RM10,000 dedak pamoga ini. Ish.. ish," katanya.
Tindakan Datuk Seri Vida itu mencetuskan reaksi negatif netizen yang menganggap habuan RM10,000 yang ditawarkan itu akan menyebabkan pemain Kelantan menjadi mata duitan.
"Ya Allah, asal lah main kerana duit RM10,000 itu? Aduh! Kelakar gile!" kata Fazilah Faz JDT.
"Patutlah semalam beria-ria nak sekat JDT dari menang. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee. C'mon lah, JDT main bersungguh-sungguh demi fans dan juga demi negeri Johor. Bukan kerana habuan," kata Saifullah Saiful.
Walaupun begitu, tidak kurang juga netizen mempertahankan tindakan Datuk Seri Vida dengan menganggap RM10,000 itu adalah cara beliau memberi semangat kepada pasukan Kelantan.
"Diorang cari duit nak buat belanja diorang. Bukannya makan duit haram. Datuk Seri Vida bagi dorongan dan duit itu sekadar hadiah, bukannya rasuha. Jadi, baguslah begitu. Sekurang-kurangnya diorang boleh juga seri dengan JDT," kata Amer Huzaifi.
"Walaupun aku tak suka dengan makcik dalam video ini, tetapi statement Johorean Sport Team tu bagi elok sikit. Semangat kesukanan la, JDT pun apa kurangnya dengan pelaburan dan tawaran-tawaran besar pada pemaini? Inilah namanya strategi," kata Isz Ash - PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..