Hari ke 17 KMU
Siliguri - Muzaffarpur
450km.
Siliguri - Muzaffarpur
450km.
Malam td.. sahabat2 bikers dr Royal Anfield Club Siliguri telah membantu kami re route perjalanan kami supaya kami boleh sampai paling cepat ke border Pakistan & mengambil kira kemampuan motor kapcai Aswade. Kami setuju dgn cadangan mereka.
Perjalanan hari ini berjln lancar tanpa sebarang masalah. Kami keluar agak lewat pd hari ini. Kami mulakan perjalanan dlm pkl 7.30 pagi. Aswade keluar awal sikit. Sepanjang jln dr Siliguri ke Muzaffarpur adalah highway. Highway pd hari ini lebih baik dr semlm & juga tak byk sgt binatang di tgh & tepi jln..cuma kena hati2 dgn masalah disiplin pemandu yg memandu dr arah bertentangan, dpn belakang kiri & kanan. Kami dpt ride laju sikit pd hari ni. Kami tiba awal di hotel pd hari ini iaitu pd lebih kurang pkl 2.30 ptg termasuk Aswade. Hotel yg kami pilih utk bermlm adalah Hotel Gaytri Palace. Hotelnya ada parking berpagar dlm kawasan hotel.
View Dari Hotel
Highway NH 57 agak selesa tapi harus beringat2 dgn kenderaan yg membuat u-turn dan kekadang mereka masuk dilorong bertentangan kerena malas utk u-turn jauh
Jemaah masjid muzaffarpur yg mintak ku mendoakan mereka utk datang ke Mekah dan Madinah. Assalamuka Ya Rasullah..kami berempat datang jauh dari timur utk melawatmu Ya Rasullah..
Rostam menukar minyak hitam.. —
Saya ambil kesempatan beli buah walaupun penuh habuk. Jenuh basuh & rendam dulu buah2 tu sebelum berani makan. Lama sgt tak jumpa buah & teringin sgt2.. itu yg beli juga tu.. hu3.
Bila sampai awal.. byk benda boleh buat dgn tenang @ baca Quran, basuh baju, etc
Mohon maaf. Hari ni tak byk gambar sbb tak ada yg menarik utk di share. Sepanjang jln highway flat & cuaca amat panas.
InsyaaAllah .. esok kami akan bergerak ke Lucknow. Doakan semua perancangan kami berjln lancar, selamat sampai ke destinasi yg ingin dituju & segalanya dipermudahkan olehNya. Aamiin
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..