Tuesday, May 10, 2016

Berita Bergambar Kembara Musafir : Hari ke 18 KMU Muzaffarpur - Lucknow 529km

Hari ke 18 KMU
Muzaffarpur - Lucknow
529km
Perjalanan hari ini Alhamdulillah..semuanya berjln dgn lancar. Hari ni kami ride pairing..Sy bersama hj amin di dpn & hj aswade & hj jihad di belakang
Sepanjang perjalanan adalah melalui lebuhraya 2 lane. Jlnnya adalah lebih baik dr sebelum ini. Cuma..cuaca skrg amat panas iaitu sehingga 42 Celcius.
Saya & hj amin ambil kesempatan utk berhenti di 3 masjid & madrasah yg agak uzur yg kami temui sepanjang perjalanan kami. Kami hulurkan sedikit sumbangan ikut kemampuan kami & juga yg dikirimkan oleh sahabat. Walaupun kehidupan masyarakat qariah tersebut dhaif..tp mereka tetap sambut kami dgn mesra & offer utk jamu mkn minum.


Makan Malam Bersama Klab Harley Division

Memohon keberkatan Ilahi sebelum perjalanan



Di Boder dan Stesyen Minyak


laluan Kami


Hj Aswadee bersama penduduk setempat


Hj Aswadee Dan Hj Jihad











Masjid  Lucknow , Yang Kami singgah. 



Bersama Group harley yang banyak membantu kami,


Tlh menjadi kelaziman di semua tpt yg kami berhenti di sini.kami akan di kerumuni mcm semut jumpa gula. Nak berhenti pun kdg2 serba salah. Jd mcm pesta pula bila kami berhenti. Semua pakat berlari ke arah kami..bertanya itu & ini pasal motor, tanya nk ke mana sambil nak bergambar.
Kami nak ucapkan t.ksh kpd United Harley Davidson Lucknow yg recommend & buat call reserve Hotel Lineage utk kami td. Hotelnya selesa & parkingnya cukup selamat di basement.
Mlm ini jg ..kami dikunjungi oleh Bikers dr Lucknow di hotel. Drpd mlm td , pagi td & ptg td..mereka sentiasa call saya utk pastikan kami selesa di India & kalau2 kami perlukan apa2 bantuan. Tqvm guys for visiting us. Bukan setakat itu..mereka jg dah buat arrangement utk bikers membantu kami di destinasi kami seterusnya. Esok kami plan utk ke Agra di mana terletaknya Taj Mahal.
Setakat itu catatan saya pd kali ini. Doakan kami selamat sampai ke destinasi yg ingin kami tuju, perjalanan kami diberkati & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..