Hari ke 11 KMU
Keng Tung - Nam Sang
338km
Perjalanan kami pd hari ini agak mencabar. Mixture of on road tp jln nya agak kecil & tar nya pecah2 & off road . Sepanjang perjalanan naik turun gunung & bukit.Kami dinasihatkan utk membunyikan hon di setiap corner krn kenderaan depan tak nampak & laju. Di puncak gunung.. tiba2 hujan turun dgn agak lebat & jln agak licin. Utk jumpa stesen minyak juga susah. Byk minyak dijual dlm botol2 .
Tidak spt semasa saya ride ke Myanmar pd thn 2014 di mana setiap 20 batu ada roadblock military.. skrg di Myanmar..kami hanya harus berhenti di Check Point (stgh ada pejabat Imigresen) di mana di setiap Check Point ejen harus buat clearance documents.
Spt yg dinyatakan di dlm status saya semlm.. susah utk jumpa kedai makan halal buat masa ini di Myanmar. Apabila tiba waktu Dzuhur..kami berhenti ditepi jln..solat jemaah qasar & jamak Dzuhur Asar, masak ala kadar mengisi perut & makan sebelum meneruskan perjalanan.
Walaupun perjalanan hari ini hanya 338km..tetapi ia memakan masa lebih kurang 11 jam perjalanan. Kami keluar lebih kurang pkl 8.30 pagi Myanmar & sampai lebih kurang pkl 7.30 mlm ( sudah gelap ).
Nam Sang adalah sebuah kawasan yg agak pendalaman & tak ada hotel yg besar. Hotel yg disediakan oleh ejen Myanmar adalah Hotel Htin Shu Myaing.. biliknya boleh dianggap selesa utk kawasan yg agak pendalaman. Alhamdulillah.. dpt bilik yg selesa & kami semua selamat sampai ke destinasi.
InsyaaAllah..esok kami akan teruskan perjalanan ke Monywa. Setakat itu catatan pd hari ini. Semua letih. Kami bercadang utk keluar lebih awal esok. Doakan setiap apa yg kami rancang berjalan lancar, selamat sampai ke destinasi yg ingin dituju & setiap urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..