PETALING JAYA - Zukiee atau nama sebenar, Zulkifli Muhammad, 24, yang terkenal di media sosial dengan video-video kelakarnya, mengakui kehidupannya berubah secara drastik selepas 7 bulan berbuat demikian.
Malah, pendapatannya sepanjang tempoh itu sudah mampu menanggung kehidupan keluarganya yang susah, lapor mStar.
"Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti sosial agak baik dan saya mampu membantu ibu dan adik beradik yang lain setiap bulan. Setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai.
"Saya dari keluarga yang susah, ada tujuh adik beradik. Sebelum ini saya hanyalah seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan," katanya.
Menurut Zukieee, hasratnya untuk mengubah nasib keluarga dengan aktif di media sosial sudah lama, namun dipendam kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjayanya itu.
Tahun lalu, selepas membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, Zukieee dapat merealisasikan perancangannya semula.
"Sebenarnya saya sudah menyimpan idea-idea untuk dijadikan sebagai bahan viral sejak 2011, tetapi saya tidak dapat buat kerana tiada telefon bimbit yang boleh membuat rakaman.
"Sehinggalah tahun lalu, saya tekad membeli telefon bimbit berharga RM300 yang ada fungsi merakam video. Dari situ saya membuka akaun laman sosial dan memuat naik video-video yang saya lakonkan," katanya.
Zukieee kini mempunyai seramai 420,000 followers di Instagram dan 500,000 di Facebook.
Jelasnya, beliau juga banyak menerima tawaran untuk beraksi di beberapa program televisyen dan berlakon drama, bagaimanapun terpaksa dolak bagi menjaga eksklusiviti dan jenama dirina yang hanya boleh dilihat di media sosial sahaja.
"Kerjaya saya di media sosial, bukan di televisyen. Saya terpaksa tolak tawaran-tawaran daripada stesen televisyen yang mahu saya terlibat dalam drama dan program mereka.
"Saya tidak mahu terlalu kerap muncul di televisyen membuatkan orang bosan dan tidak mahu menonton saya di media sosial pula," katanya.
Zukieee kini mempunyai syarikat pengiklanannya sendiri, Viral Media Sdn Bhd bagi mempromosikan produk di media sosial.
Penubuhan syarikatnya itu merupakan gabungan beberapa rakan selebriti media sosial yang lain, yang juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang berkenaan.
"Saya serius dalam kerjaya ini dan sudah memiliki sebuah syarikat untuk tujuan itu. Di bawah syarikat saya mempunyai beberapa rakan-rakan blogger yang aktif di media sosial," katanya. -
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..