Hari ke 26 KMU
Multan - Sukkur
466km
Multan - Sukkur
466km
Pertama2nya, saya ingin merakamkan jutaan t.ksh kpd sahabat2 yg memberi input mengenai Quetta di dlm komen2 post saya semlm.
Ptg semlm, Mr Amjad dr Msian Embassy Pakistan call saya & memaklumkan supaya saya maklumkan kpd balai polis terdekat mengenal group KMU yg nak bergerak ke Quetta & kami d minta utk patuh & ikut arahan pihak berkuasa d sini. Jd .. selepas solat maghrib mlm td, saya, aswade & amin dah bersiap nak ke balai ( jihad tak berapa sihat, so wakil kpd kami). Tak sempat kami keluar hotel, dah ada pegawai perisik polis/askar dtg jumpa kami di lobi hotel & siap dgn photostat pasport kami ( maybe dpt copy pasport dr hotel).
Pegawai tersebut interview kami sikit sebyk & melarang kami utk mengikuti jln yg ada wilayah bergolak utk ke Quetta & menyuruh kami ikut jln 1 lg iaitu ke bawah ke Sukkur dulu & kemudian baru ke Quetta. Kalau nak ikut juga jln yg ada wilayah bergolak, kami perlu mohon utk dptkan NOC ( mcm permit polis) & permohonan tersebut akan ambil masa.
Makanan yang di sajikan oleh penduduk setempat.
Vest Sejuk Badan..hihi
Keserasian dalam menunggang walaupun cc berbeza
BAD dengan penduduk setempat.
Kami pun setuju utk ikut arahan tersebut sbb tak mau delay perjalanan kami. Biar lewat & tambah 1 hari utk ke Quetta drpd ikut jln wilayah bergolak, kalau di tahan & tak ada NOC , mgkin akan delay berhari2.
Perjalanan harian kami pecah kpd 2 grp utk mudahkan pergerakan. Sy dgn Amin & aswade dgn jihad. Bila sampai ke hotel, kami bergilir pula partner sebilik ikut satu pusingan. Hari ni saya dgn aswade, esok dgn jihad & lusa dgn amin. Begitulah seterusnya.
Pagi td, aswade & jihad gerak awal sikit sbb cuaca skrg amat panas. Mlm td, jihad tak brp sihat. Saya & amin bergerak kemudian dlm pkl 6 pagi. Memandangkan gps tak function d Pakistan, kami bergerak dgn bertanyakan org arah ke Sukkur. Setelah bergerak dlm 50km.. kami bertembung dgn aswade & jihad yg tgh minum.
Berhenti skjp utk minum..masing2 teruskan perjalanan lepas tu. Cuaca amat panas. Dlm pkl 11.30 pagi, bila saya tgok temperature dah mencecah 46 Celcius..saya & amin pun belok utk berhenti rehat. Terus mkn & solat di sana sambil cuba pejamkan mata. 3 stgh jam kami berhenti utk tunggu kurang sikit panas tp tgok panas lit lit jugak. Perjalanan harus diteruskan. Dlm pkl 3 ptg kami bergerak. Sy buat pertama kali memakai cool down vest yg dah sekian lama saya beli. Tak pernah2 pakai. Nak bg sejuk sikit badan. Sampai saja setiap stop rehat, sy akan basahkn vest tu & tumpang freezer depa. Hu3.
Satu perkara yg menarik perhatian saya ialah boleh dikatakan semua lori2 di Pakistan make up lori masing2 dgn unik. Mcm.nk bertanding kereta berhias pun ada lori2 kt sini.
Route kami
Kapcai Yang Banyak berjasa
Aswade dengan penduduk setempat
Respek Gua dengan Kapcai nih
Bila kami bergerak dlm pkl 3 ptg tu..rupa2nya cuaca menjadi semakin panas. Mencecah 50 Celcius boss hari ni.. Adoiiii.. stgh masak kami
hari ni. Sebelum sampai ke Sukkur, saya & amin berhenti sekali lg sbb tak tahan panas. Berehat dlm 45 minit, kami bergerak lg & polis offer utk eskot kami.
hari ni. Sebelum sampai ke Sukkur, saya & amin berhenti sekali lg sbb tak tahan panas. Berehat dlm 45 minit, kami bergerak lg & polis offer utk eskot kami.
Pd ketika itulah, saya terpecah pula dgn Amin. Saya tunggu Amin di tepi jln dlm cuaca yg begitu panas tp Amin tak muncul2. Tak tahan dgn panas, tunggu 15 minit, saya teruskan perjalanan masuk pekan Sukkur utk.cari hotel.
Pekan Sukkur kecil. Hari dah nk maghrib. Jenuh saya cari hotel yg di recommend oleh org yg saya bertanya ditepi jln. Bila sampai, saya dapati hotel tersebut x selamat utk parking motor. Terus saya singgah ke masjid utk bertanya hotel yg sesuai. Spt biasa, masyarakat Pakistan amat baik melayan tetamu. Mereka sama2 sy cari hotel. Satu2 nya hotel di sini yg ada kawasan parking berpagar dah fully book, tak ada bilik kosong . Tanya lg hotel lain..penuh jg sehingga lah saya dpt Great Palace Guest House ini. Satu bilik dgn breakfast 2800 rupee, lebih kurang RM 105 sebilik. Dah tak ada pilihan lain. Terima ajalah. Haripun dah gelap. Rantai ajalah motor dkt tiang.
Di Pakistan ini..kami.mghadapi masalah komunikasi memandang sahabat2 yg lain x dpt beli simcard. Jd terpaksa cari wifi utk communicate bila trpisah. Amin singgah tpt yg ada wifi utk call sy melalui WA. Saya maklumkan guest house ini & lepas solat maghrib, Amin sampai. Kami sdg tunggu Aswade & Jihad. 1st time kami berempat terpisah sepanjang KMU ni. Alhamdulillah.. aswade & jihad akhirnya sampai di hotel dlm pkl 11.30 mlm.
Setakat ini catatan saya. Saya difahamkan pejalanan esok adalah melalui gurun. Tak tau lah mcm mana cuaca esok. Hari ni pun dah 50 Celcius. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..