Monday, May 16, 2016

Gambar Gambar Kembara Musafir Dengan Kapcai Dan BMW Touring Bike Hari ke 23 KMU

Hari ke 23 KMU
Karnal - Amritsar 338km
Amritsar - Wagah Border 30km
Wagah Border - Amritsar 30km

Kami mulakan perjalanan kami pagi ni drpd Karnal selepas breakfast. Sebelum mulakan perjalanan.. kapcai aswade tak boleh start pula. Muka Aswade dah lain mcm. Alhamdulillah.. selepas beberapa ketika.. motornya boleh start. Legaaa..

Kami bergerak ke Amritsar mengikut highway NH 1. Lebuhrayanya boleh tahan cantik..selesa.. tp cuaca amat panas. Suhu lebih kurang 42 Celcius. Kami pecah dua kumpulan.. sy dgn hj amin dan aswade dgn hj jihad. Kami sampai dulu ke bandar Amritsar











Boleh tahan besar bandar ini. Byk hotel2 besar & mewah. Kalau tak silap saya..ia adalah salah satu bandar mulia penganut Sikh. Di sini terdpt satu golden temple.

Saya & hj amin berhenti di sebyk 4 hotel sebelum buat keputusan utk memilih Holiday Inn. Duduk hotel selesa sikitlah pd hari last di  India ni. Lepas nego..kami di beri 1 rate istimewa beserta breakfast..Alhamdulillah. Biliknya cukup selesa.

Kami sampai lebih kurang pkl 1.30 pm di Holiday Inn. Urusan di kaunter saja hampir 1 jam sbb ramai org. Pkl 2.30 pm..kami masuk bilik masing2.

Utk makluman semua..kami berempat bergilir2 tukar partner bilik setiap hari. Hari ni..giliran saya dgn hj jihad. Hj amin tidur  dgn hj aswade. Esok sy dgn hj aswade. Lusa saya dgn hj amin
Begitu lah seterusnya.

Selesai solat jamak dzuhur asar & mkn alas perut apa yg dimasak sebelum ini.. kami pun turun ke lobi dlm pkl 3.30 pm utk ke Border Wagah bg menyaksikan Daily Retreat Ceremony iaitu acara harian di border India Pakistan sebelum pagar border ditutup.

Kami tunggu aswade & jihad dilobi tp depa tak sampai2. Sepatutnya depa lama dah sampai & kami memang nak ke border Wagah utk saksikan Daily Retreat Ceremony secara live yg bermula pd pkl 5.30pm pd musim panas.  Rupa2nya depa tak sampai2 sbb motor depa dua2 org semput sbb masuk petrol kotor. Kami tunggu sampai depa sampai, keep intouch dgn WA & call. Akhirnya..depa sampai di Holiday Inn pd pkl 5pm. Memandangkan motor depa tak stabil lg & dah lewat.. depa x check in bilik..terus naik motor kami utk ke border. Aswade bonceng ( pillion) saya & jihad bonceng ( pillion) amin. Jarak perjalanan dlm 30km.

Sampai di Wagah..punya lah ramai org. Tak taulah memang tiap2 hari ramai atau sbb hari ni hari Sabtu. Utk masuk ke border..security agak ketat. Suasana amat sibuk. Bila kami sampai ..dah sesak dgn org. Tak dpt masuk sampai ke dlm & sangkut dgn security pun agak lama. Habis ceremony tersebut, saya beli DVD utk kenangan & kami pun balik. Masing2 penat .

Setakat ini catatan saya pd hari ni. Esok kami akan masuk ke Pakistan iaitu negara ke 5 KMU. Doakan perjalanan kami selamat & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..