Guwahati - Alipurduar - Siliguri
485km
Kami memulakan perjalanan dgn dieskot oleh sahabat bikers Guwahati sehingga ke simpang lebuhraya. Kami meneruskan perjalanan melalui lebuhraya. Basically lebuhrayanya cantik tp kami tetap tak berani utk laju atas faktor keselamatan... 1. Disiplin pengguna jalanraya 2. Byk binatang spt lembu & kambing di tepi & tgh jln.
Dlm perjalanan kami ke Alipurduar..kami terserempak dgn 2 sahabat Malaysia yg tgh dlm perjalanan ke Himalaya @ Mohamad Omar & Awang. Alhamdulillah.. Seronok kami bila dpt jumpa sahabat Msia di perantauan.
Saya dapati di India .. trafik jam nya agak teruk walaupun di bandar / pekan kecil. Dgn load brg yg berat di atas motor msg2... bila dlm trafik jam.. ia amat2 menyeksakan terutamanya bila pemandu kenderaan bawa kenderaan ikut suka hati mereka tanpa mengambil kira pemandu lain. Motor saya disondol dr belakang td sehingga saya off balance, tertarik throttle & menyebabkan saya ke dpn & masuk lane sebelah. Alhamdulillah..pd ketika itu..x ada kenderaan yg menghala ke mari & saya dpt juga control motor dr jatuh walaupun dah off balance
Bad dengan group Himalaya
Dengan group Roy n Field
Bad melawak dengan Aswadee yg kentalll
Hari ini.. sy agak stress bila bw motor..Drpd masalah kenderaan yg bertentangan potong kereta ikut suka tanpa ambil kira motor atau kereta yg dtg bertentangan, bas & lori di hadapan yg stop tanpa sebarang warning & hujan lebat & angin kuat sampai tak boleh nampak apa drpd visor & angin kuat sampai rasa terhoyong hayang motor yg di bawa. Apapun ..Alhamdulillah..tak ada apa2 yg buruk berlaku & semua kami sampai ke destinasi dgn selamat.
Sampai di Siliguri.. kami disambut oleh sahabat biker drpd Royal Anfield Club. Mereka recommend Hotel Atithi Guess House. Ada kawasan parking berpagar. Di India, keselamatan motor & brg2 amat penting utk diberi perhatian. Parking berpagar dgn kawalan amat penting. Thanks Amit & Nirman for the help. Rate hotel juga amat murah iaitu selepas discount sebanyak 880 Rupee iaitu lebih kurang RM 58 utk 1 bilik 1 mlm.
Pd sebelah mlm.. Bikers Siliguri atur majlis silaturrahim. Kami berasa amat terharu dgn sambutan & pertolongan rakan2 bikers India setakat ini. Mereka jg bantu advise perjalanan kami & re route perjalanan kami spt mana yg kami kehendaki. Disamping itu.. setiap hari.. sahabat2 biker dr semua bandar yg kami dah bermlm akan call & bertanya khabar.
Setakat itu saja catatan saya pd hari ini. InsyaaAllah esok kami akan bergerak ke Muzaffapur. Kami akan keluar lewat sikit sbb semua dah rasa amat letih terutamaya Aswade. Semoga perancangan kami berjln lancar, semua selamat sampai ke destinasi & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..