Hari ke 19 KMU
Lucknow - Agra
367km
Lucknow - Agra
367km
Malam tadi..selepas selesai entertain sahabat bikers dr Lucknow.. saya berhubung dgn Farith Zul..anak angkat sahabat baik saya Datuk Zul TNB iaitu pelajar di Madrasah Nadwatul Ulama Lucknow utk buat arrangement ziarah Madrasah tersebut hari ni.
Madrasah ini adalah antara Madrasah yg termasyur di India. Sahabat2 lain tak tau saya dah buat arrangement tersebut. Depa ingat nak gerak terus ke Agra pagi ni, boleh sampai awal & terus boleh p melawat Taj Mahal. Jadi.. semasa nak turun dr bilik..sy maklumkan..Jom kita p Madrasah Nadwatul Ulama..Madrasah yg masyur yg kebetulan berada di bandar Lucknow ini. Geng ni nak p mana pun ok aja...Sempoi punya gang.. Aswade lg laa ok..janji dia ada bahan boleh selfie.. Hahaha...
Pkl 6.00 pagi.. Farith Zul dah sampai tunggu kami di lobi kami dgn vespanya.Kami terus bergerak ke Madrasah yg terletak sejauh stgh jam perjalanan dr hotel.
Bergambar Dengan Pelajar Dari Malaysia..more picture
Bergambar dengan adik Farith Zul
Pertemuan bersama mudir madrasah Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow ( Dr Saidurrahman Al A'zami )
Alhamdulillah..di sana..kami dpt berjumpa dgn Rai'sul Nadwatul Ulama iaitu Maulana Sayyid Rabi'ey Al Hasani An Nadwi. Kami jg dpt berjumpa dgn Mudir ( Pengetua ) Madrasah iaitu Dr Saidurrahman Al A'zami.
Sambutan terhadap kami amat luar biasa. Kami di jamu mkn & minum oleh ulama' besar India ini. Disamping itu..kami di doakan oleh Maulana Sayyid Rabi'ey, Dr Saidurrahman & jg oleh seorang Ulama Hadith pd setiap pertemuan kami di pertemuan yg berlainan. Kami bersyukur sgt2 krn bukan mudah nak jumpa ulama2 besar ini & mereka jg berminat utk berjumpa kami krn ride ini adalah ride kembara musafir umrah.
Bersama Maulana ..
Berbincang Berkaitan Madrasah
Bersama Pelajar
Dihadapan Masjid
BAd Menerai Vespa..Nak guna Vespa pula ka..hihi
T.ksh byk2 kpd adik Farith Zul atas susah pyh ke sana ke mari buat arrangement pertemuan ni. Begitu jg kpd adik2 pelajar Malaysia yg lain yg byk membantu terutamanya tolong jd interpreter. Maklumlah..kami ni bahasa arab dah karat dah. Hu3. Adik2 balik Msia nanti make sure cari kami... kita p tts.
Selepas selesai pertemuan tersebut..kami bergerak ke Agra dr Madrasah. Perjalanan hari ini cukup panas. Sekitar 42 Celcius. Jalan ke Agra jln lebuhraya ..jlnnya agak baik tp spt kebiasaan.. masalah attitude & disiplin pengguna jln raya yg buat kita stress.
Mcm biasa..bila kami berhenti saja di mana2.. kami akan dikerumuni oleh penduduk kawasan setempat.
Memandang kami bergerak agak lewat dr Madrasah.. bila sampai di Agra..dgn cuaca yg amat panas..kami dah rasa letih & decide tangguhkan ziarah/melawat Taj Mahal esok saja sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Kami memilih Hotel Rudra Vilas yg berdekatan dgn West Gate Taj Mahal..hanya 1 minit berjln kaki ke gate tersebut. Biliknya amat selesa.Motorpun ada org jaga 24 hours. Lepas nego dgn tuan hotel..kami dpt sebilik dgn harga 1600 rupee..lebih kurang RM 98.00. Bahagi 2 jatuh seorg RM 44.
Mlm ni nk jln2 sikit di Bandar Agra...x larat dah nak mkn masakan sendiri..nk rasa makanan luar pula. Di Agra ada restoran makanan halal. Saya jg dimaklumkan ada tukang urut lelaki..Indian massage. Kalau rajin nanti..boleh la nak try pekena massage India seround.. hahaha.
Setakat ini catatan pd hari ni. Doakan perjalanan kami esok & seterusnya selamat & segalanya dipermudahkan olehNya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..