Hari ke 24 KMU
Amritsar India - Lahore Pakistan
60km
Amritsar India - Lahore Pakistan
60km
Pagi td..saya.dikejutkan dgn panggilan telefon & message yg mengatakan anak sahabat baik saya Abg Ismail Belacan @ Shell Juru iaitu Amy telah meninggal dunia di sbbkan Leukimia yg baru detect 3 hari lepas. Mari kita sedekahkan Al Fatihah kpd roh Allahyarham Amy, semoga di tptkan bersama2 org2 yg beriman & soleh.
Alhamdulillah..Kami dah masuk Pakistan hari ini. Negara ke 5 Kembara Musafir Umrah.
Pagi td , kami bertolak dr Amritsar dlm pkl 9.30 pagi krn border dibuka pd pkl 10 pagi. Apabila sampai di sana, kami di arahkan utk ke Imigresen sebelah India kemudian ke Kastam India . Beg2 kami semua diarahkan utk di bawa masuk utk di scan. Kemudian..Motor kami diarahkan utk dibawa ke satu tpt utk dicheck brg dlm Pannier & check chasis & enjin nombor. Semuanya berjalan dgn lancar.
Kemudian ..kami bergerak ke Imigresen & Kastam Pakistan yg terletak lebih kurang 500 meter dr Imigresen & Kastam India. Proses cop pasport & Carnetnya lebih longgar berbanding dgn di India. Apa yg bagus di kedua2 negara sempadan ini ialah Pejabat Imigresen & Kastam terletak dlm 1 bangunan. Cukup memudahkan pelancong. Secara umum..saya boleh katakan urusan dokumentasi di sini berjalan dgn lancar.
Pakisatan Lagi setapak..hihi
Selamat tinggal India
Pegawai Kastam Pakistan
Aswadee Gumbira bila Tiba Di Boder Pakistan
Keselambaanya Aswadee..
Bad Di Hadapan Border Pakistan
Kesunggohan Si Kapcai..Terbaikk
Dekat Pakistan Dah
Border India dikenali sbg Wagah @ Attari. Manakala border sebelah Pakistan dikenali sbg Batapur.
Drpd Batapur.. kami bergerak ke Lahore utk mencari hotel. Saya terpecah drpd sahabat bertiga lain semasa sdg bergambar di sign board. GPS Pakistan di sempadan masih tak menunjukkan jln. Apa yg saya buat ialah bertanya kpd penduduk di situ utk mencari hotel. Ada 1 tut tut yg membawa saya ke hotel Holiday Inn. Hotel di Lahore Pakistan rate nya berbeza berbanding dgn di Amritsar. Lebih 2 kali ganda mahal. Saya x jd check in di Holiday inn. Apa yg penting ialah hotel tersebut mempunyai tpt parking yg selamat & bilik yg selesa. Tak perlu hotel mahal2 sbb nak tidur & basuh baju saja. Itu saja yg kami perlu. Ada yg recommend Ambassador Hotel. Sambil mencari Ambassador Hotel, saya terjumpa The Grand Inn Hotel ini yg ada basement parking. Saya berhenti.. check biliknya, nego harga & dptlah 1 bilik 5000 rupee Pakistan termasuk breakfast iaitu lebih kurang RM 190 @ seorg RM 95. Boleh laaa... Saya pun menggunakan Wifi Hotel utk hantar text WA ke sahabat2 mengenai hotel The Grand Inn ini.
Memandangkan kami sampai/ masuk ke Pakistan pd hari Ahad, bank2 semua tutup, begitu jg dgn Money Changer. Alhamdulillah, ada 1 money changer yg dibuka & dptlah tukar duit. Kalau tak.. jenuh jgk laaaa. Nak mkn pun tak dak duit. Nak beli Sim Card pun tak dak duit. Byr hotel pun tak dak duit local sbb stgh hotel tak terima USD, nak duit local jg.
Settle urusan bilik hotel, saya minta bantuan Bell Boy Hotel bernama Atta Rahman utk tunjuk saya tpt beli Sim Card. Saya bonceng Atta utk cari kedai Mobile Sim Card yg dibuka pd hari ahad di sini. Akhirnya jumpa jg 1 kedai. Rupa2nya, di Lahore Pakistan, hanya local people yg boleh beli Sim Card. Atta menggunakan IC nya & cap jarinya utk beli Sim Card utk saya. Saya nak belanja dia mkn pun dia tak mau. Bagus sungguh budak ni. Tolong dgn ikhlas. Balik dr beli Simcard.. Sahabat2 lain dah sampai hotel. Depa berhenti mkn td bila cari saya tak ada.. kebetulan Hj Jihad ada sedikit duit rupee Pakistan. Saya tak boleh la mkn td sbb sorang2 & tak ada duit rupee pakistan lg sebelum jumpa money changer. Ada duit pun tak laku di sini..hahahhaa.
Setakat ini, saya seorg saja yg ada simcard. Sahabat2 lain tgh mencari kedai Simcard & sapa yg sanggup utk pinjam ID mereka .
Ini saja catatan saya pd hari ini. InsyaaAllah, esok, kami akan ke destinasi seterusnya. Cuaca amat2 panas di sini & jlnnya berdebu disbbkan oleh construction jln. Doakan kami selamat & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..