Hari ke 38 KMU
Dubai
Hari ini.. kami masih di Dubai. Hari sabtu, pejabat kerajaan tak dibuka. Cuti week end.
Pagi td, kami.bersarapan dgn sahabat lama saya sewaktu kami sama2 belajar di UIA dulu Yubazlan Yusof. Skrg Yubazlan adalah Consul General ( CG ) di Dubai & beliau jg seorg biker @ bawa Harley Davidson.
Lepas breakfast..kami proceed hantar motor kami utk servis / baiki. Zouk yg arrange semua appointment & tunggu kami di sana.
Kami tinggalkan motor di work shop & motor hanya akan siap esok.
Mr CG ride bersama kami ke work shop & p ambil pula kereta utk bawa kami lunch di rumahnya. Jamu kami mkn nasi mandi. Lepas tu bw kami round Bandaraya Dubai & set kami jumpa dgn bikers UAE yg lain di hotel.
Selepas itu, pd waktu mlm..Mr CG ambil pula kami di hotel dgn keretanya utk bawa kami dinner di rumah Busri, seorg Pilot Emirates, jg seorg biker. Busri jamu nasi ayam pula.
Lepas mkn.. Mr CG hantar kami balik hotel.
Allahu Akbar. Baik sungguh layanan sahabat2 Malaysia di UAE ni. T.ksh tak terhingga kpd Yubazlan @ Mr CG & isteri, Busri & isteri, Zouk & sahabat2 bikers UAE yg sudi jengok2 kami & rai kami di sini.
Mr CG jg akan bantu kami tgok2 proses Visa Umrah Saudi kami esok.
Kami jg dimaklumkan bahawa Madinah Bikers tlh tiba di Dubai. InsyaaAllah kami akan jumpa depa esok.
Kami berdoa supaya Visa Umrah Saudi akan kami dpt secepat mgkin utk meneruskan misi kami ride sampai ke tanah suci & seterusnya menunaikan umrah. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.
Sekian catatan saya utk kali ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..