Thursday, May 26, 2016

Pengalaman Sempoii : Melelh Air Mata, Naik Kapcai Dan BMW Touring Ke Tanah Suci Mekah, Hari ke 31 KMU

Hari ke 31 KMU
Dalbandin - Taftan
300km
Alhamdulillah.. akhirnya dpt break through fb melalui advise sahabat2 semua setelah terputus hubungan terus sbb di Iran fb di blok & tak dibenarkan.

Pd hari ke 31 ini.. kami masih di Pakistan. Sepatutnya kami bergerak ke Taftan.Selesai segala urusan di border, kami akan bergerak masuk ke Zahedan iaitu bandar pertama selepas border Iran.




Hihi Kedai Minyak Dekat Boder..more story



Bad Di tengah Padang Pasir

Gerai Di Tepi Border


Berehat di Tengah Lebuh raya


Lagi 52 KM Di Nokkundi





Hihi ini lah tempat yang ada untuk berehat..bersyukur lah




Huhu Melelh ayaq mata, moto aswade kena tunda .rosak 
di Padang Pasir



Motor Aswadee di ikat untuk di tunda


Kami ingin keluar seawal yg mungkin. Namun kami tertakluk kpd waktu polis iaitu bila mereka start boleh bawa kami bergerak. Dijanjikan pd pkl 8.00 pagi. Tp .. pd pkl 7 pagi polis dah naik ke bilik & suruh bersedia utk bergerak. Baguslah. Sbb kami perlu catch up ke border sebelum gate ditutup.
Cuaca tetap panas, cuaca dlm 50 Celcius. Kiri kanan gurun. Disbb kan eskot dr pihak berkuasa Pakistan, kami hanya sampai ke Taftan pd pkl 3.30 ptg. Terus ke Kastam. Sampai di sana , pegawai bertugas pula tiada. Kami menunggu hampir 20 minit, barulah pegawai tersebut muncul. Proses dokumentasi mengambil masa. Selesai saja urusan Carnet, kami bergegas ke Imigresen. Sebelum sempat ke pejabat Imigresen..kami terpaksa lapor diri di 1 check point. Di situ sedikit sebyk ambil masa & menyebabkan pegawai pengiring Levies yg iring kami sendiri kurang senang sbb masa dah suntuk. Selesai di Check Point kami bergegas masuk ke Pejabat imigresen. Baru saja nak cop pasport, kami dimaklumkan Gate Border Iran tlh ditutup. Gate di tutup tpt pd pkl 4.30 ptg.
Kami cuba merayu supaya gate dibuka tapi rayuan kami tak dilayan. Tak ada pilihan..kami redho dgn ketentuan Ilahi.
Secara umumnya, layanan dr pihak berkuasa Pakistan amat baik drpd Dalbandin. Apalagi Pegawai polis Levies yg iring kami di Taftan, amat baik sekali layanannya. Beliau cuba mempercepatkan proses di Kastam & Imigresen tp tak berhasil jg.
Selepas tak berjaya cross border, kami di bawa ke Pejabat Polis Taftan utk tidur disana. Sampai di sana.. kami diberi pejabat beliau utk tidur. Sampai di sana.. elektirk terpadam di pejabat ini.. Allah.. kelu kami.
Dlm stgh jam di sana, 1 couple dr German yg baru cross ke border Pakistan dr Iran jg sampai ke balai polis Taftan.
Di sini 1 pengalaman baru utk kami. Rupanya tahanan pelarian jg dibawa ke balai polis ini. Dlm 1 jam kami di sana.. berpuluh tahanan jg d bawa di sana.Jadi..kami bersama2 berpuluh tahanan berada di balai polis tersebut. 1st time terasa mcm pelarian..hahahhaa
Selepas 1 jam di balai..baru ada elektrik kembali. Alhamdulillah..legaa...
Nasib baik kami bersedia dgn makanan sendiri. Kalau tak..kebulur kami mlm tu. Kami masak mlm tu . Dlm masa yg sama.. 1st time kami menggunakan peralatan khemah yg memang kami standby bawa in case of emergency. At least..kami guna juga lah floor mat, bantal etc yg di bawa..hu3.
Kami solat di kawasan lapang rumput di kawasan balai polis tersebut sbb dlm bilik panas. Selesai solat maghrib & Isya..kami masuk ke bilik yg diberikan kpd kami sbb ramai sgt pelarian diluar..kononnya nak relax skjp sbb rasa mcm x boleh tidur di bilik yg kecil nak berhimpit 5 org dgn sahabat dr Netherland tu. Tak sempat apa.. x logik boleh tidur konon. Tak sempat 10 minit..semua hanyut. Hu3.
Bangun nak solat subuh.. kami tgok pelarian2 tu semua dah tak ada. Semua dah dibawa ke tpt lain. Tak tau di bawa ke mana.
Sekadar itu catatan saya utk hari ke 31... pengalaman menjadi spt pelarian. Hihihi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..