Tuesday, May 17, 2016

Perghh : Kesempolan Rice Kapcai N BMW Touring Bike Ke Tanah Suci : Hari ke 25 KMU Lahore - Multan 324km

Hari ke 25 KMU
Lahore - Multan
324km
Kami keluar hari ini agak awal. Ini krn cuaca yg teramat panas iaitu mencecah 45 Celcius skrg. Rata2 penduduk tempatan pun heran bagaimana kami boleh ride dr Msia sehingga ke Pakistan setakat ini dgn cuaca yg begitu panas skrg. Semakin menghampiri Saudi & Ramadhan, maka cuaca akan semakin panas.
Kami bergerak tanpa isyarat drpd GPS. Peta Pakistan masih belum dpt di kesan oleh GPS Garmin setakat ini. Apa yg lebih merumitkan.. setakat ini, hanya saya seorg saja yg mempunyai simcard utk membolehkan melihat google map .


Plan Perjalanan Kami


Mereka siap kepit/ pegang tangan Hj Aswadee macam member mereka di Dubai apabila hari cuti.




Berehat leteh




 bergambar dengan pengunjung station minyak shell disini. Mereka belanja kami teh tarik


Multan jauh dihadapan..lemang Toki sebelah kiri....Jepun Okara straight


Isi Minyak







Bersama rakan dari luar Negara








Semasa nak keluar dr bandar Lahore sedikit mengelirukan apabila tak ada gps. Saya bergantung kpd google map yg saya lihat melalui hp.
Bila masuk saja highway.. dah tak ada masalah sbb sign boardnya byk membantu. Apa yg saya perhatikan setakat ini, disiplin pemandu Pakistan di lebuhraya adalah lebih baik berbanding di India. Di samping itu, tak ada atau tak byk binatang2 yg duduk atau berjln ditepi2 highway. Ini membolehkan kami ride laju sikit & selesa. Cuma apabila masuk ke bandar saja, semlm Lahore & hari ini Multan, disiplin pemandu mula berkurang. Mula ada pemandu yg bawa kereta atau motor bertentang. Tp tak seteruk spt di India.
Apa yg buat kami terharu adalah layanan penduduk Pakistan yg amat baik. Di setiap tpt yg kami berhenti, pasti akan di layan dgn begitu baik. Kami diberikan air.. kedai tak mau ambil duit apabila kami beli air malah jamu kami dgn buah honey dew lagi. Allahu Akbar.
Sampai saja di bandar Multan, kami bertanya & minta recommendation hotel apa yg selesa di didiami & selamat utk parking. Hotel Seiza Inn yg dicadangkan. Kami ke sana dgn berpandu kan google map hp pd mulanya. Tp di sbbkan cuaca yg amat panas, hp pun tak tahan. Terus terpadam & tak dpt charge atau tgok sbb dah overheated. Kami terpaksa ke sana dgn berhenti & bertanya kpd beberapa org tempatan. Layanan & kerjasama mereka amat baik. Sambil2 tanya org..pekena air tebu dulu Boss..hahaha.
Seiza Inn ada parking hotel utk keselamatan motor kami. Di samping itu, bilik pun selesa & layanan pekerjanya bagus. Makanan pun sedap.Rate hotel 5800 rupee Pakistan sebilik termasuk tax & breakfast. Jatuh lebih kurang RM 110 seorg.
Setakat ini catatan saya pd hari ini.Esok kami akan ke destinasi seterusnya iaitu Quetta. Kami dinasihatkan supaya memaklumkan kpd pihak berkuasa perjalanan kami ke sana atas sbb keselamatan. Kami pun tak dpt maklumat sebenar lg keadaan perjalanan ke sana. Betul ke perlu maklumkan kpd pihak berkuasa atau tak perlu. Ada yg kata elok pakai ejen utk atur sekuriti. Ptg atau mlm ni, kami akan berbincang utk ambil apa2 tindakan yg sepatutnya. Semoga kami selamat ke destinasi seterusnya & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..