Friday, May 20, 2016

Perghhh ..Hari ke 27 KMU.. Gambar Ride Di tengah Panas Terik 50 celcius Dengan Kap Cai Dan BMW Touring BIKE..

Hari ke 27 KMU
Surkur - Quetta
390km
Pagi ini kami bergerak ke Quetta. Kami bertolak awal iaitu pd pkl 6 pagi utk mengelakkan kena panas. Jd, kami tak tunggu mkn breakfast yg akan hanya disediakan oleh guest house pd pkl 6.30 pagi. Kami plan nak breakfast tgh jln saja selepas ride dlm 100km.
Sampai saja di Balochistan iaitu dlm 60km drpd Surkur.. kami ditahan oleh Polis/Tentera Levies. Saya ditanya mana eskot. Saya kata tak ada. Saya & Hj Amin diarahkan utk register diri & tunggu eskot. 10 minit kemudian , Hj Jihad & Hj Aswade pun tiba . Mereka pun dikehendaki register jg. Kami di tanya & di interview sedikit sbyk dr mana dtg, apa tujuan dtg etc etc.
Selepas register, kami cuba minta utk teruskan ride tanpa eskot tp tak dibenarkan krn mereka maklumkan kawasan & jln yg kami nak pergi ini bahaya. Kami ingatkan bila ikut jln Surkur..jln dah tak bahaya & tak perlu eskot. Bahaya & kena eskot jg rupanya.


baca Doa Sebelum Ride


Polis Tanda  Tgn otoGraf



Boot BAd Yang Lekang..huhu



Keletihan dan Mereka relek

Bergambar dengan Penduduk setempat


aswadee dan selfie lagi



repair motor aswadee


kapcai awadee ken tunda




melalului trowong buatan tangan ..hihi


Kami pun tunggu & stgh jam lepas tu petrol car polis dtg utk eskot kami. Sebelum mulakan perjalanan, kapcai Aswade tak boleh start. Dicuba beberapa kali, tak boleh jg. Kapcainya terpaksa ditarik.
Kami pun teruskan perjalanan & lebih kurang selepas setiap 10km, ada check point & akan bertukar lah pengiring eskot kami, Mcm tukar baton. Sekiranya kami sampai ke check point & pengiring masih tak sampai, kami kena tunggu. Begitu jg sekiranya kami nak berhenti mkn atau tangkap gambar, kami tak dibenarkan. Kami kena ikut masa depa. Kena pandai2 lah berhenti & curi2 tangkap gambar & buat bodoh saja bila kena marah. Apapun..kami faham depa buat kerja & utk jaga keselamatan kami.
Sepanjang perjalanan dr Balochistan ke Quetta adalah gurun. Cuaca teramat panas. 50 Celcius dr pkl 11 pagi sehingga pkl 5 ptg. Sungai2 sepanjang jln sampai kering kontang. Tak ada setitik air pun di sungai2 sepanjang jln itu. Kami ingatkan eskot sekejap aja. Rupa2nya kami dieskot dr Balochistan sampai ke Hotel Quetta sejauh 330km.
Bayangkan..bila eskot, confirm bawa slow. Lepas tu kena berhenti2. Tak mkn. Panas 50 Celcius. Tak boleh berhenti ikut suka. Kena ikut jadual polis/askar. Allahu Akbar..punya lah panas, letih & lapar.
Mcm2 pula jd hari ni. Bermula dgn kasut saya terkopek tapaknya, trpaksa kena selotep sementara nak jumpa tukang kasut utk gam/jahit tapak yg terkopek tu. Maka jadilah Boot saya boot BMW Santiago design 2016..hahaaha.
Lepas tu kapcai Aswade tak boleh start. Dan akhir sekali GS Jihad pula kipas problem, overheat. Nak ditambah cerita, pancit pula GS Jihad di tgh2 gurun yg panas 50 celcius tu.. Allahu Akbar.
Jihad buka tayar motornya, lepas tu Aswade p hantar tukar tube. Lepas tu GS Jihad terpaksa ditarik sejauh lebih kurang 100km sbb kipas rosak & takut overheat lg. Sehingga dah gelap, x panas & lg 10km nak sampai hotel, baru jihad bw GS nya sendiri.
Alhamdulillah.. kami semua selamat sampai ke Hotel Bloom Star Quetta diiringi motor polis yg cilok trafik jam dlm bandar mcm motor kami ni kecik . Kami sampai dlm pkl 9 mlm. Hotel Bloom Star berpagar & sekuritinya ketat. Servisnya pun bagus. Satu bilik single bed 2000 rupee Pakistan.Lebih kurang RM 80 1 mlm.
Kami bercadang nak ke destinasi seterusnya esok tp tak boleh. Kami dikehendaki utk pergi ke Home Department esok utk memohon NOC ( No Objection Certficate) sebelum dpt meneruskan perjalanan. Kami difahamkan NOC boleh dpt esok jg tp kami hanya boleh bergerak mengikut tarikh di NOC itu & selalunya keesokan hari selepas NOC dikeluarkan.
Jadi InsyaaAllah, kami hanya dpt teruskan perjalanan pd hari jumaat. Bukan setakat itu, kami jg tak dibenarkan utk keluar dr kawasan hotel. Apa yg kami nak, akan diuruskan oleh hotel. Utk pergi ke Home Dept esok pun akan d bawa oleh polis & kami diminta standby pd pkl 10 pagi utk ke sana.
Secara umumnya, layanan pihak sekuriti Pakistan kpd kami sepanjang hari ini amat baik. Cuma kami terpaksa ikut arahan & masa depa. Itu saja yg leceh sampai kami tak mkn seharian & masing2 punya lah lapar bila sampai hotel mlm ni. Kalau panas terik sekalipun, kami terpaksa jln jg apabila diarahkan.
Setakat itu saja catatan pd hari ini. Saya mohon maaf byk2. Ramai yg minta saya post itenary, buat budget lengkap dan lain2. Bukan saya tak mau buat. Tp kesuntukan masa. Kami sampai tak tentu masa. Panas, penat. Nak kena basuh baju bila sampai, kdg2 masak etc etc. Setakat ini saja catatan yg saya mampu share utk sahabat2 fb setiap hari. Maafkan saya.
InsyaaAllah kita jumpa lg di catatan esok hari. Skrg dah pkl 11.45 mlm di sini @ 2.45 pagi Msia. Saya baru nak basuh baju. Semoga segala urusan kami seterusnya dipermudahkan olehNya. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..