Hari ke 28 KMU
Quetta
0km
Quetta
0km
Di Quetta, kami tak boleh keluar dr Hotel. Spt kena Perintah berkurung. Apa shj yg kami nak buat kena melalui hotel @ staff hotel.
Pagi td, dlm pkl 9.30 pagi..kumpulan polis dah sampai ke hotel utk membawa kami ke Home & Tribal Affairs Department ( Political ll Dept ) bg tujuan mendptkan NOC ( No Objection Clearance ). Kami ke sana dgn menaiki tut tut & dieskot oleh polis. Di sana tak dibenarkan utk mengambil gambar. Kami masuk keluar 5 bilik di dlm Department tersebut & mengambil masa lebih kurang 2 jam utk mendptkan NOC. Layanan drpd pegawai2 di sana cukup baik. Alhamdulillah.
Balik ke hotel, pengurus hotel mengatakan kami bertuah krn dpt NOC dgn cepat & dah boleh ride keesokan harinya krn ada sesetengah tourist kena tunggu berhari2. Ada seorg tourist dr Netherland yg akan join kumpulan kami utk cross border. Tourist tersebut sebenarnya telah membeli motornya di Malaysia & akan ride kembali ke negaranya dgn motor tersebut.
Bergambar bersama Pasukan Keselamatan dan Touris dari Belanda Yg Beli Motosikal dari Malaysia
Boot Bad Yang Pecah
Boot Badrul Yg Di Jahit Semula sebagai Kenangan Riding
Perghh pekena Roti Dengan Kambing bakar
Inilah NOC..Surat la..hihi
Aswadee Repair sendiri motor .sbb tak boleh keluar kawasan
Kami isi masa buat aktiviti sendiri. Masing2 basuh baju & hantar laundry jaket & seluar riding . Wade servis motornya sendiri sbb tak dibenarkan keluar dr kawasan hotel.
Riding boot saya pun siap dijahit. Spt yg dikatakan, semua diuruskan oleh pihak hotel.
Hotel di sini ada masa yg tak ada elektrik. Saya dimaklumkan setiap hari dr pkl 4-6 ptg. Bukan setakat itu, beberapa kali jg elektrik tak ada utk sementara waktu. Mcm trip.
InsyaaAllah, esok kami akan bergerak ke Dalbandin & lusa InsyaaAllah kami akan ke sempadan. Kalau sempat, kami akan cross ke Iran ke Maveh & seterusnya terus ke Zahedin. Kalau tak sempat, kami akan bermlm di Taftan. Keesokan harinya baru kami akan cross Iran. Rasanya kami akan dieskot oleh polis/tentera sehingga ke sempadan.
Setakat ini catatan saya. Tak ada apa yg menarik yg hendak diceritakan pd hari ini. Semoga kami selamat sampai ke destinasi & segala urisan dipermudahkan olehNya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..