KMU 2016: Part II
Day 04
Riyadh - Madinah Munawarrah (850km)
Day 04
Riyadh - Madinah Munawarrah (850km)
Hj Amin dan Hj Jihad harini bergerak 2 jam lebih dari kami, kerana motor hj Jihad masih lagi terpaksa ditarik. Cuaca sangat panas shggakan spare tong minyak mengembang. Aku dan Hj Bard bergerak pada pukul 3.30ptg. Suhu masih lagi tinggi dalam 45 deg C.
Trafik keluar dari Riyadh agak jamm jgk. Hj Bard memecut laju di highway 65 dan Highway 60. Kami berhenti di sebuah R&R di Unayzah 300km dari Riyadh pada pkl 6.15ptg.
Kami berempat bersama2 berbuka dan solat jammak disini.
Kami bergerak pada pkl 8mlm menuju ke Madinah. Kami nyaris terputus bekalan minyak hanya boleh bergerak 7km jer lagi..mujurlah haji bard membawa spare minyak 5liter boleh lah bertahan utk 15km lagi utk smp ke next station minyak.
Kami sampai di Madinah pada pkl 11.59mlm. Kami terus ke masjid nabawi utk bergambar. Asyik berkejar dgn polis jer..
Kami sampai di hotel pkl 2pgi. Setelah check in, kami bersahur di restaurant berhampiran.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..