GUA MUSANG - Malang tidak berbau apabila seorang pemandu kereta maut setelah sebatang besi padu terjatuh daripada sebuah treler di Kilometer (KM) 57, Jalan Lojing - Gua Musang, di sini.
Kemalangan yang berlaku pada jam 1.15 tengah hari tadi, mengakibatkan mangsa, Mohammad Ameerul Asyraf Abd Aziz, 26, beralamat di Meru Permai, Ipoh Perak, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala.
Menurut bapa mangsa yang juga penumpang, Abd Aziz Zakaria, 54, besi padu yang jatuh dari treler di hadapan kenderaan jenis BMW itu terkena cermin kereta di bahagian tempat duduk pemandu.
"Setelah besi itu mengenai anak saya, saya terus memegang stereng dan mengawal kenderaan sehingga berhenti di bahu jalan.
"Bagaimanapun, treler berkenaan tidak berhenti dan meneruskan perjalanan," katanya yang dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Gua Musang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan kejadian berkenaan dan usaha mengesan lori treler berkenaan akan diteruskan.
"Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan kita akan mengesan lori treler terbabit," katanya lagi.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 oleh Penyiasat Trafik, Inspektor Petriamirah

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..