Wednesday, July 20, 2016

42 Helikopter Hilang, Turki Bimbang Cubaan Rampasan Kuasa Kedua

 


ANKARA: Sekurang-kurangnya 42 helikopter dilaporkan hilang daripada inventori tentera Turki ekoran cubaan rampasan kuasa pada petang Jumaat lalu. Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan ada satu lagi usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Wartawan CNN Turk, Serdar Tuncer, melaporkan kehilangan itu seolah-olah ada pihak mahu mengulangi cubaan rampasan kuasa. "Adakah mereka berjaya? Tidak! Tetapi adakah mereka akan mencuba?" katanya.

Ketegangan berterusan di Turki berikutan kejadian itu yang menyebabkan 265 terbunuh dan lebih 2,000 cedera, kebanyakannya penduduk awam yang menyahut seruan Erdogan supaya menentang cubaan rampasan kuasa itu.

Kerajaan Turki menegaskan ia berjaya mengawal kerajaan sepenuhnya dan memulakan sistem pembersihan tentera.

Sabtu lalu, kerajaan menangkap lebih 6,000 individu yang akan berhadapan pendakwaan menurut undang-undang khianat negara itu dengan Erdogan enggan menolak mengenakan hukuman mati ke atas mereka.

Penangkapan termasuk 2,745 hakim dan lebih 2,800 anggota tentera termasuk penasihat ketenteraan Erdogan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..