LANGKAWI - Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Jalan Kuah-Padang Matsirat, petang semalam, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 6.05 petang itu, kakitangan hotel, Mohamad Nor Ikhwan Md Ikram, 23, maut di tempat kejadian. Manakala rakannya, Choo Chua Wei, 24, cedera di bahagian muka dan tangan.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Pantai Chenang ke Kuah sebelum terbabas sendiri ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh tiang elektrik.
"Rempuhan yang kuat mengakibatkan tiang elektrik patah dan kereta terbalik. Pemandu dilaporkan mati di tempat kejadian. Manakala rakannya mengalami luka di bahagian muka dan tangan.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..