MELAKA: Seorang gadis bawah umur terlibat dalam pesta liar dan parti seks selama beberapa bulan sehingga abangnya membuat laporan polis.
Ini membawa kepada penahanan lima pelajar dan seorang lagi remaja tidak bersekolah yang dikatakan menjalinkan hubungan seks dengan gadis berkenaan di pelbagai lokasi di Bukit Katil di sini.
Polis kini sedang mencari tiga lagi remaja lelaki yang didakwa tidur bersama gadis berusia 13 tahun berkenaan.
Aktiviti terakhir gadis itu bersama kumpulan remaja lelaki tersebut di sebuah stor yang ditinggalkan telah dimuat naik di Internet dan dikongsi dengan rakan-rakan.
Gadis itu menulis bahawa aktiviti mereka bermula dengan menikmati hidangan di restoran makanan segera sebelum menunggang motosikal dan kemudian terlibat dalam parti seks.
Abangnya kemudian mengetahui mengenai perkara itu dan membuat laporan polis pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata semua enam suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati gadis itu telah berkawan dengan enam remaja terbabit melalui WeChat dan menjemput untuk menyertai parti seks.
SAC Kamaluddin berkata pemeriksaan latar belakang menunjukkan gadis itu tidak mempunyai masalah keluarga atau kewangan.
Difahamkan dia terlibat dalam parti-parti liar sejak berusia 12 tahun.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..