BIHAR - INDIA. Seorang lelaki berusia 22 tahun sanggup meninggalkan isteri dan mengahwini
ibu mertua yang 20 tahun lebih tua daripadanya.
Gara-gara mabuk cinta, Suraj Mohar dan Asha Devi, 42, bukan sahaja sanggup meninggalkan
pasangan masing-masing untuk bersama, malah mereka sanggup berkahwin meskipun mendapat
tentangan keras daripada penduduk di kampung mereka.
Memetik laporan portal antarabangsa, Daily Mail.uk, pasangan itu dikatakan jatuh cinta sejak Mohar
yang sakit dijaga oleh Devi di rumah lelaki itu pada tahun lalu.
Apabila Devi pulang ke rumahnya sendiri, Mohar dikatakan sering berhubung dengan ibu mertuanya
ibu menerusi telefon, selain turut datang ke rumah menjenguk wanita tersebut.
Hubungan terlarang mereka akhirnya diketahui isteri Mohar dan ayah mertuanya.
Isteri Mohar, Lalita dikatakan memberi amaran kepada ibunya untuk menjauhkan diri daripada Mohar, bagaimanapun kata-kata Lalita tidak diendahkan.
Meskipun menentang keras hubungan Mohar dan Devi, keduanya tidak dapat menghalang hubungan
tersebut daripada diteruskan.
Mereka akhirnya berpisah dengan pasangan masing-masing dan dilaporkan kahwin lari setelah
mendapat tentangan daripada penduduk kampung itu.
Bagaimanapun, setelah dua bulan berkahwin, pasangan tersebut dilaporkan menyesal dengan hubungan tersebut dan mengakui kesilapan masing-masing.
Kata Mohar, setelah berkahwin dengan Devi, dia tidak boleh menganggap wanita itu sebagai isterinya, sebaliknya Devi hanya mampu dianggap sebagai ibu.
Kesilapan tersebut turut diakui oleh Devi yang juga hanya menganggapnya sebagai menantu.
“Saya anggap dia (Devi) sebagai ibu mertua, tidak boleh beranggapan dan melayannya sebagai isteri saya. Selepas ini saya akan memujuk kembali Lalita kembali ke pangkuan saya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Keduanya dilaporkan memfailkan perceraian mereka di mahkamah sebelum cuba kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..