BESUT - Gara-gara berebut kawasan perniagaan ais batu, seorang pemandu lori ais batu hampir putus tangan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut di sini, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa Azmi Wan Omar, 30, sedang menghantar ia batu di sebuah kedai Runcit di tempat kejadian sekitar jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa dari Kampung Pachakan, Kuala Besut diserang oleh tujuh lelaki bersenjatakan pedang di dalam tandas kedai runcit terbabit.
Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca suspek tidak berpuashati terhadap mangsa yang memasuki kawasan perniagaan ais batu suspek di situ.
"Akibat serangan tersebut menyebabkan pergelangan tangan kanan mangsa hampir putus selain cedera di lengan kiri," katanya.
Mohd Zamri berkata lagi, mangsa dikejarkan ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan sementara kesemua suspek termasuk tiga yang dikenali dengan panggilan tertentu sedang diburu.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..