Rio 2016: Azizul raih pingat gangsa
Saksikan rancangan kegemaran anda di www.astroonthego.com bila-bila dan di mana sahaja sekarang!
Pemenang Pingat acara Berbasikal Trek Keirin Lelaki. Tahniah diucapkan kepada pelumba negara, Azizulhasni Awang. Pencapaian yang membanggakan Malaysia.
RIO DE JANEIRO: Pakar keirin negara, Azizulhasni Awang mencipta sejarah selepas menjadi pelumba basikal pertama negara untuk memenangi pingat dalam Temasya Olimpik Rio 2016 selepas meraih pingat gangsa di Velodrom Olimpik Rio, sebentar tadi.
Atlet kelahiran Terengganu itu akhirnya berjaya membawa pulang pingat daripada Temasya berprestij itu selepas gagal dalam percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.
Kemenangan pingat The Pocketrocketman itu merupakan sumbangan pingat kedua buat kontinjen negara selepas Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon menghadiahkan pingat perak buat negara menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
Banyak kontroversi berlaku, dua kali perlumbaan tersebut dibatalkan apabila pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek itu.
Pingat emas dimenangi Jason Kenny dari Britain manakala ditempat kedua milik Matthijs Buchli dari Belanda.
Tempat kedua pula diraih pelumba Belanda, Matthijs Buchli.
"Sukar untuk merungkai perasaan saya, bangga, terharu gembira dan sedih pun ada. Saya telah berusaha yang terbaik sejak Beijing dan London lagi. Matlamat asal adalah untuk mememangi pingat emas di Rio, tetapi saya telah berikan yang terbaik buat Malaysia.
"Saya masih muda lagi, panjang lagi kariernya dan prestasi saya masih berada di tahap yang terbaik, kemenangan pingat gangsa ini merupakan permulaan yang baik untuk saya beraksi dengan baik lagi di Tokyo 2020," kata Azizul.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..