Dr. Mohamad Khir Toyo melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam,
Christine Zanitrah Abdullah dalam satu majlis di ibu negara, hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bekas menteri besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah. Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan,39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.
"Perkahwinan kedua Dr. Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr. Mohamad Khir kepada Bernama. Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill. Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan seorang anak. Pasangan itu turut mempunyai lima anak angkat. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..