Friday, September 2, 2016

Si Kudung Pamer Kemahiran Setaraf Ronaldo




  
DHAKA: Kecacatan yang dialami oleh seorang remaja di Bangladesh bukan penghalang buatnya untuk memasang impian menjadi pemain bola sepak profesional seperti idolanya iaitu bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Mohammad Abdullah, 22, dari Dhaka, kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam satu kemalangan ngeri dilanggar kereta api pada 2001, tetapi masih mampu membuktikan bakatnya dalam sukan bola sepak.
Malah Abdullah yang kini bekerja sebagai penghantar beg di sebuah stesen feri, mula mencipta nama dalam kalangan penduduk tempatan apabila menampilkan kemahirannya bermain bola.
Dia mengakui tidak pernah terfikir mampu berjalan semula, apatah lagi bermain bola sepak dan akan menghabiskan hidupnya di atas kerusi roda.
Tetapi atas semangat yang tinggi, Abdullah bangkit daripada mimpi ngeri tersebut dan cuba untuk berjalan sebagai permulaan.
"Saya berasa letih melihat keadaan diri yang lemah dan seolah-olah tiada harapan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
"Walaupun pada mulanya berdepan kesukaran, tetapi saya berjaya untuk berjalan dan bekerja seperti orang lain," katanya seperti dilaporkan portal Mail Online.
Selain kudung kedua-dua belah kaki, Abdullah juga menempuh kisah sedih apabila ditinggalkan ibu kandung pada usia tujuh tahun.
Meskipun dibesarkan oleh bapa kandung dan ibu tiri, Abdullah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah kerana terlalu rindukan ibu kandungnya.
Abdullah kini bermain bola di Stadium Nasional di Bangladesh pada peringkat asas dan mampu mempamerkan kemahiran tinggi walaupun tidak mempunyai kaki.
"Ramai orang kagum apabila melihat saya bermain bola dalam keadaan kudung.
"Saya tidak takut untuk melakukan terjahan atau bersaing dengan pemain lain, sebaliknya berasa bangga apabila mereka memuji kemampuan diri saya," jelasnya.
Walaupun Abdullah mengimpikan bermain bola secara profesional dan meniru gaya permainan Ronaldo, tiada ruang untuk dia mengembangkan bakatnya.
Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..