ular dalam sebuah program pembentukan jati diri, sehingga menyebabkan mereka menangis, viral di media sosial.
Video berdurasi 2 minit 50 saat itu yang tidak diberitahu lokasinya menunjukkan, sekumpulan murid
perempuan dipaksa masuk ke dalam kolam tersebut sebagai latihan bagi mengatasikan ketakutan dalam diri mereka.
Ada sesetengah murid menjerit dan menangis ketakutan serta enggan melakukan aktiviti tersebut. Sesekali
beberapa lelaki dewasa itu menakutkan mereka berkenaan dengan pancuran air paip dan kedengaran gelak
ketawa dalam video tersebut.
Akibat terlalu panik, mereka berebut-rebut naik ke tebing sehingga menimpa rakan mereka sendiri. Salah
seorang murid dimarahi kerana menjerit dan diberikan amaran untuk tidak berbuat demikian kerana jeritan
seperti itu akan membuatkan ular takut.
Justeru, netizen mempersoalkan, apakah kewajaran memberikan latihan seperti ini kepada murid, sedangkan
terdapat banyak lagi cara yang lain untuk mengatasi ketakutan dalam diri mereka. Malah, latihan pembentukan
jati diri seperti itu tidak akan membantu murid mengatasi ketakutan tetapi akan menyebabkan mereka trauma
dan fobia selain mengalami kecederaan emosi.
"Siapa yang setuju dengan cara ini memang sah bodoh tak bertempat. Nak naikkan jati diri kepala otak kamu.
Tak kira ular itu ada bisa atau tidak tetapi sekali kena patuk memang akan cedera. Otak letak di mana? Suka
jadi hiburan atas ketakutan orang lain?" kata Zaidin D. Faizul.
"Budak sekolah rendah bang, ada banyak lagi cara nak menaikkan keberanian mereka. Mereka bukan askar,
ini hanya akan meninggalkan banyak kesan negatif kepada mereka," kata Shazwan Ali.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..