SOMERSET - BRITAIN. Hidung seorang wanita di Britain diinsuranskan oleh majikannya
sebanyak £5juta (RM25.7juta) dek kerana pekerjaannya sebagai penghidu dan perasa keju.
Diane Cox, 48, baru memulakan kerjaya sebagai pakar penilai keju di Wyke Farm.
Tugasnya adalah menggunakan kemahiran menghidu dan mengesan blok keju cheddar yang
matang.Kemahiran yang dimilikinya itu sangat bernilai sehingga majikannya sanggup membayar
insurans sebanyak £25,000 setahun dengan Lloyd dari London untuk melindung hidungnya itu.
Wyke Farm yang mula beroperasi sejak 155 tahun lalu membekalkan 15,000 tan keju setahun
ke United Kingdom dan 160 negara lain.
Diane memberitahu The Mail, dia menjaga rapi hidungnya itu supaya tidak rosak dan mengelakkan
dari dijangkiti selsema.
"Saya mempunyai deria bau yang baik sejak kecil lagi.
"Saya sangat menitikberatkan penjagaan bagi mengelakkan jangkitan dan memastikan sentiasa
sihat dan cergas kerana tidak mahu ia menjejaskan deria bau dan rasa," katanya.
Tanggungjawab yang dipikulnya itu memerlukan Diane makan lebih daripada 1 pound keju empat
hari seminggu iaitu kira-kira 184lb (83kg) setahun

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..